Latest News

Friday 31 March 2017

Isu Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) di Beaufort?!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MASALAH AIR DI BEAUFORT... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

SEBENARNYA kerajaan Persekutuan telah menyediakan dana sebanyak RM3.3bilion (2010-2015) bagi mengatasi bekalan air bersih luar bandar (BALB) seluruh Sabah dan di daerah-daerah tertentu seperti Beaufort. Namun disebabkan perbelanjaan dana itu tidak menepati sasaran menyebabkan masalah yang sepatutnya sudah selesai sehingga kini belum selesai-selesai.

Kerajaan tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Kerana kerajaan yang sudah menyediakan dana. Kini  sudah terpalit kerana perbuatan pihak-pihak tertentu sehinggakan akibat nila setitik, susu sebelangga rosak binasa.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semasa persidangan terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tahun 2016 membuat kenyataan berkaitan BALB. Harapkan pagar, pagar makan padi dan kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Masalah BALB bukan perkara baru dan ianya tidak boleh diselesaikan dengan mudah dan memerlukan masa dan dana.

Kerajaan Sabah sangat bergantung kepada dana Persekutuan iaitu BALB kerana dana kerajaan negeri sangat terhad. 

Dana RM3.3bilion merupakan dana yang cukup besar. Mengumpul dana sebanyak itu memerlukan sekurang-kurangnya 3-4 tahun. 

Inilah masalahnya jika ada pemimpin yang tidak amanah bukan sahaja merugikan negeri akan tetapi rakyat juga turut sama menderita.

Namun, apa yang pasti kerajaan Negeri mencuba sedaya upaya mendapatkan dana bukan sahaja mengatasi masalah di Beaufort akan tetapi juga di kawasan-kawasan lain di Sabah. Sebagai rakyat, kita kena bersabar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook