Latest News

Friday 10 March 2017

ISU Kad Pengenalan Palsu, Pasukan Khas Terpaksa Ditubuh..

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kamu ingatkah RCI ditubuh dekat-dekat PRU13... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)
(ii) Kenapa tubuh pasukan khas lagi... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PENGELUARAN Kad Pengenalan palsu semakin serius sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menubuhkan pasukan khas.

Sebenarnya, kad pengenalan palsu tidak ada kena-mengenapun dengan jumlah rakyat kerana mereka yang membeli kad itu tiada 'locus standi'. Sebab utamanya adalah kad pengenalan mereka tidakpun terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Apabila kad pengenalan tidak ada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara, ertinya mereka itu tiada peluang mendaftar sebagai pengundi. Bahkan, bukan itu sahaja juga tiada peluang membuka akaun bank, mendapatkan lesen perniagaan atau tidak peluang mendapat sebarang bantuan kerajaan. Namun, yang menjadi perhatian kerajaan adalah selain mereka itu yang tertipu tetapi juga perbuatan sindiket pemalsuan kad pengenalan itu turut memburukkan imej negara seperti mana berlaku berkaitan cetak rompak filem atau kaset lagu suatu masa yang lalu.

Namanya sindiket bermakna mereka mempunyai jaringan termasuk di pihak berkuasa kerana sindiket itu menggunakan wang sebagai pendekatan. Sebagai contoh, pemegang kad pengenalan palsu boleh sahaja bertolak daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju Kuala Lumpur tanpa halangan. Ini kerana semasa pemegang kad pengenalan palsu itu hendak bertolak, “agen” sindiket sedang bertugas. Mereka ini suatu masa lalu hanya mempunyai peluang one-way kerana mereka tidak boleh lagi kembali ke Sabah dan apabila kembali juga pasti tertangkap. Kerja sindiket hanya terhad pada one way out dan selepas itu, maka pandai-pandailah.

Di Semenanjung kini, sudah merasakan bahang kebanjiran pemegang kad pengenalan palsu yang dikatakan penduduk Sabah khususnya di kawasan-kawasan peladangan, kawasan-kawasan perindustrian malah di kawasan perkampungan. Akibat kebanjiran “penduduk palsu Sabah” itu di Semenanjung, maka kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah terpaksa menubuhkan pasukan khas bagi memburu dan menangkap mereka yang terlibat.

Sebenarnya, sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu merupakan satu bisnes yang sangat “lucrative” kerana anggota sindiket satu masa lalu dapat menjadi jutawan sekelip mata, malah mampu membeli kereta-kereta mewah termasuk mempunyai pendaftaran nombor kereta dengan angka 1.

Pengeluaran kad pengenalan palsu, sebenarnya faktor penarik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masuk ke Sabah kerana mereka itu sebenarnya dipandu (guide) oleh sindiket untuk datang. Kedatangan mereka itu menjadi masalah besar kepada negeri sehinggakan ada pihak-pihak tertentu mempolitikkannya, kononnya kerajaan yang memerintahlah yang terlibat.

Bagi merungkai isu kedatangan PATI ke Sabah, maka kerajaan telah menubuhkan RCI (PATI) pada tahun 2012 dan keputusan RCI itu telahpun diumumkan pada Disember 2014. Menerusi keputusan RCI (PATI) Sabah itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan drastik dengan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI ke negara asal.

Sebagai catatan, bermula tahun 1990 sehingga 3 Mac 2017, seramai 553,692 PATI telah diusir daripada Sabah. Untuk tahun 2017 sahaja sehingga 3 Mac lalu, seramai 1,120 PATI telah dihantar pulang.

Adalah diharapkan melalui 'Pasukan Khas' yang ditubuhkan bagi membendung pengeluaran kad pengenalan palsu akan lebih dapat menghalang kemasukan PATI ke Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook