Latest News

Thursday 16 March 2017

Isu Sampah Sarap Memakan Diri Pembangkang!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Putatan "district" Council has to be the lousiest District Office ever... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

SEBENARNYA, di setiap Majlis Daerah termasuk Majlis Daerah Putatan sudah menyediakan tong-tong sampah. Namun, kelakuan rakyat yang suka membuang sampah merata-rata menyebabkan keterjaminan kebersihan tidak dapat dijaga. Isu ini ialah isu kebersihan mereka yang mempunyai tabiat membuang sampah dan tiada kaitan dengan fahaman politik. Sekalipun ada kaitan mereka itu merupakan penyokong pembangkang dengan tujuan supaya kerajaan kelihatan imej buruk.

Hanya satu sahaja cara bagaimana mencegah agar sampah tidak dibuang merata tempat dengan mewujudkan undang-undang anti sampah seperti di Singapura. Setiap yang didapati membuang sampah bukan sahaja didenda tetapi juga akan dimasukkan dalam penjara.

Pihak Majlis Daerah mula berkerja dari pukul 4 pagi dengan membersihkan sampah sarap sebaik sahaja mereka pulang. Perniagaan mula membuka premis mereka, maka sampah sarap mula berselerak. Punca semua bermula daripada masyarakat yang tidak prihatin membuang sampah merata tempat hatta puntung rokok dibuang dalam restoran! Bukan itu sahaja, malah ada yang meludah merata tempat.

Rakyat negara ini, sebenarnya masih ramai yang merasa seperti tinggal dalam hutan dan atas sebab itu, mereka tidak mengenal apa itu kebersihan. Malahan, dalam hati sebahagian mereka itu tidak peduli soal sampah dan kebersihan. Sebaliknya, hanya memikirkan dan menyoal ada juga pekerja majlis daerah yang menguntip sampah dan kalau tiada sampah yang dikutip, maka mereka akan makan gaji buta. Demikianlah taraf pemikiran sebahagian penduduk yang suka membuang sampah merata.

Cubalah kalau kerajaan mengadakan undang-undang ketat berkaitan sampah dan adalah pasti pembangkanglah yang bertindak awal melalak memprotes tindakan itu. Di kawasan DBKK telah dikuatkuasakan undang-undang anti sampah tetapi setiap pilihan raya dijadikan isu oleh pembangkang.

Sepatutnya, pembangkang bersama kerajaan berkempen mengenai isu kebersihan dengan mengajak penyokong dan rakyat agar bersama-sama menjaga kebersihan. Tetapi, bukannya mengendah lalu seolah-olah menggalakkan penyokong dan masyarakat membuang sampah merata-rata atau semata-mata menjadikannya satu isu untuk memburukkan kerajaan dan Majlis Daerah sahaja!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook