Latest News

Saturday 11 March 2017

JANGAN PERJUDI MASA DEPAN


KATA peribahasa, "jangan mendengar guruh di langit lalu air di tempayan dicurahkan" dek kerana berakibat yang dikendong berciciran.

Kini, di Sabah ramai sangat parti-parti pembangkang yang menjadi saudagar mimpi dan mereka itu cuba membawa rakyat juga ikut bermimpi.

Mereka 'masuk kampung, keluar kampung' dengan membawa mimpi-mimpi mereka dan mengatakan bahawa mimpi mereka itu akan menjadi kenyataan apabila mereka mendapat kuasa. Sedangkan, yang dihadapi mereka itu adalah rakyat yang dibela oleh kerajaan yang berkuasa.

Mereka cuba memberitahu rakyat apabila mereka berkuasa akan jauh lebih baik kerana mereka mempunyai lampu Aladdin. Mereka mempunyai kemampuan luar biasa berbanding pemimpin yang berkuasa.

Mereka tidak memberitahu rakyat bahawa apabila mereka mempunyai kuasa, maka akan juga bergantung kepada apa yang ada di Sabah, di mana kerajaan yang berkuasa juga demikian.

Mereka itu tidak memberitahu rakyat keluasan tanah atau laut Sabah juga akan tetap sama tidak akan bertambah satu incipun apabila mereka berkuasa. Juga, mereka tidak beritahu rakyat bahawa pelaksana kepada polisi kerajaan akan juga terletak kepada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat untuk kerajaan yang sedia ada.

Mereka juga tidak beritahu rakyat bahawa mereka mahukan hasil negeri yang telah dikumpul oleh kerajaan yang berkuasa. Justeru, mereka turut tidak beritahu rakyat bahawa sumber pendapatan negeri akan juga sama seperti mana sumber pendapatan negeri yang dicipta oleh kerajaan yang sedang berkuasa.

Kemungkinan besar, sumber pendapatan negeri akan hancur kerana mereka itu tiada latar belakang untuk bagaimana mencipta pendapatan negeri. Takut-takut nanti, mereka itu hanya seperti "tikus membaiki labu" dan juga "bagai kera mendapat bunga".

Jangan lupa, sebahagian daripada pemimpin pembangkang itu meskipun telah ada garis panduan semasa mereka mempunyai kuasa tentang bagaimana mengurus dana kerajaan untuk kepentingan rakyat tetapi diubah suai kaedah itu untuk melicinkan salah guna kuasa! Akibatnya, bukan sahaja negeri dirugikan, malah rakyat menjadi korban dek kerana tidak mendapat kemudahan seperti mana diharapkan.

Sebagai contoh, pembongkaran SPRM pada 4 Oktober 2016 di Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan dana KKLW yang bernilai RM3.3 bilion, mereka yang dipertanggungjawabkan mengelola dana itu dan didapati  menyimpan wang dan harta secara peribadi mencecah RM200 juta. Memang setakat ini, hanya tiga orang yang dikaitkan dengan skandal itu telah didakwa di mahkamah. Namun, dalang kepada skandal itu masih bebas menghirup udara segar malah masih boleh membuat berbagai dakwaan kepada kerajaan dan melakukan hasutan kepada rakyat.

Rakyat yang mengharapkan kemudahan itu sejak sekian lama, nampaknya terpaksa lagi menunggu lama kerana mengumpul dana sebesar RM3.3 bilion bukan perkara mudah. Bayangkan, bajet kerajaan negeripun hanya berlegar-legar pada angka itu plus minus.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook