Latest News

Monday 13 March 2017

JAWAPAN BALAS UCAPAN SHAFIE: MUSA Tidak Ada Kuasa Mendesak SPRM!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Soalan yang lengkap... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

PEMIMPIN politik sama sekali tiada kuasa mendesak campur tangan berkaitan perjalanan atau sesuatu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana badan itu bukan di bawah bidang kuasa politik melainkan badan itu merupakan badan bebas.

Wakil Parlimen Penampang yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), seharusnya lebih tahu bahawa SPRM adalah badan bebas dan tiada hubungan dengan politik.

Para pemimpin politik termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tiada bidang kuasa untuk mendesak dan meminta apatah lagi campur tangan walaupun pemimpin politik boleh membuat kenyataan setakat, ‘SAYA MENYERAHKAN SIASATAN DAN TINDAKAN SEPENUHNYA KEPADA PIHAK SPRM!”

Soalan MP Penampang itu di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen yang sedang berjalan mempersoalkan mengapa Datuk Seri Musa Aman tidak mendesak SPRM mendakwa para pegawai yang terlibat dalam skandal air Sabah yang melibatkan dana KKLW sebesar RM3.3 bilion di bawah akta SPRM di bawah Akta 613 pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Apakah dalam skandal itu tidak berbangkit unsur rasuah? Setakat ulasan ini dibuat, soalan MP Penampang itu belum diberikan jawatan oleh menteri yang bertanggungjawab berkaitan SPRM. Namun, apa yang jelas dakwaan akta menggunakan akta tersebut adalah lebih meluas berbanding akta SPRM. Biasanya, sesuatu dakwaan jenayah akan mempergunakan akta lebih luas dan berat.

Kepada pemimpin pembangkang, anda kena bercakap telus berkaitan sesuatu undang-undang terutama yang membabitkan jenayah rasuah kerana pihak yang bertanggungjawab mengenainya, adalah badan bebas, yakni yang tiada kaitan dengan orang-orang politik.

Meminta Musa untuk mendesak SPRM untuk mendakwa para pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang terlibat dengan skandal rasuah jenayah untuk menggunakan akta SPRM, sebenarnya satu perangkap politik kerana jika Musa bertindak, maka mereka akan memutarbelitkannya bahawa SPRM tidak bebas melainkan di bawah telunjuk pemimpin politik. 

Musa kena berhati-hati terhadap perangkap ini!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook