Latest News

Tuesday 21 March 2017

Jawapan Isu Jambatan Kampung Di Telupid

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KUBU KUAT BN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)


SEBENARNYA jalan dan jambatan yang dijadikan isu bukan jalan perhubungan utama. Ertinya memang terdapat jalan utama untuk menuju kebun atau kampung berkenaan. Kerana terdapat  jalan alternatif maka penduduk tidak semestinya melalui jambatan itu. 


Jalan dan jambatan begini amat banyak terutama di ladang-ladang kelapa sawit  iaitu merupakan jalan persendirianJalan di kampung inibukan jalan perhubungan akan tetapi jalan ke ladang dan kebun. 

Jalan seumpama ini jika mendapat peruntukan daripada kerajaan, biasa peruntukan one-off samada peruntukan daripada DUN atau Parlimen atau peruntukan khas.


Peruntukan membetulkan jambatan ini bukan mempunyai peruntukan berulang atas sebab itu ianya tertakluk kepada peruntukan DUN/Parlimen atau peruntukan khas.



Biasanya jambatan atau jalan seumpama ini didapati bukan kegunaan penduduk kampung secara rutin/kerap akan tetapi hanya oleh pemilik-pemilik Ladang atau kebun.  

Melihat kepada tempoh jambatan itu rosak (jika betul 6 bulan) ertinya memang terdapat jalan alternatif untuk menuju kebun atau kampung berkenaan. Kerana terdapatnya jalan utama maka penduduk tidak semestinya melalui jambatan itu. Jika jambatan itu, bukan akses yang wajib memang releven jambatan kayu itu tidak dibaik pulih.



Kerajaan dalam membelanjakan peruntukan kerajaan mempunyai prioriti ertinya kemudahan yang segera kepada penduduk yang diutamakan. Melihat kepada rupa paras jalan ini termasuk jambatan kayunya ianya bukan jalan perhubungan mustahak akan tetapi hanya jalan perhubungan alternatif.



Jalan atau jambatan seumpama ini memang banyak berselerak terutama di ladang-ladang kelapa sawit dan sudah tentunya jalan seumpama itu adalah jalan persendirian bukan jalan penduduk secara umum.



Kadangkala  kerajaan memberikan peruntukan secara one-off, jika kerajaan mempunyai dana yang mencukupi khususnya ADUN atau ahli Parlimen.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook