Latest News

Saturday 4 March 2017

Jawatan 'KETUA MENTERI SABAH' Parti Warisan Sabah Cuba Berdolak-Dalik


PARTI Warisan Sabah dengan hujah bahawa tidak mungkin seorang MP boleh dilantik ke jawatan Ketua Menteri. Atas sebab itu, kenyataan Perdana Menteri di Sandakan bahawa suatu masa lalu, Datuk Seri Shafie Apdal pernah meminta untuk dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah adalah satu pembohongan.

Kenyataan Perdana Menteri itu boleh dilihat daripada dua senario. Senario pertama, kejadian itu berlaku sebelum PRU-13 dan senario kedua, selepas beberapa Ketua Bahagian UMNO Sabah berjumpa Perdana Menteri untuk meminta Datuk Seri Musa Aman digantikan sehingga kejadian itu telah menyebabkan salah seorang Ketua Bahagian itu digantung keahlian daripada parti.

Jika sekiranya kejadian itu berlaku selepas PRU-13 dan berkait dengan rentetan tindakan beberapa Ketua Bahagian UMNO Sabah itu, maka jika pada masa itu Perdana Menteri bersetuju satu pilihan raya kecil akan berlaku kerana salah seorang ADUN dalam Parlimen Semporna (DUN Sulabayan) bersedia mengosongkan kerusi bagi membolehkan Shafie bertanding. Maknanya, putar belit pemimpin Warisan kononnya Perdana Menteri berbohong dengan sendirinya terjawab.

Jika Perdana Menteri dikatakan berbohong, maka kini terletak kepada Shafie untuk menafikan kenyataan itu dengan cara menyebut nama Allah, yakni bersumpah menggunakan nama Allah bahawa beliau tidak pernah meminta untuk dilantik ke jawatan Ketua Menteri.

Kata peribahasa, "jika tiada angin, tak akan ada pokok bergoyang". Demikian juga kejadian beberapa Ketua Bahagian yang berjumpa dengan Perdana Menteri. Jika tiada yang menjadi dalang, tindakan itu tidak akan berlaku atas kerana di antara mereka itu di mata parti UMNO tidak ada yang mempunyai merit untuk dilantik ke jawatan Ketua Menteri.

Benarlah apa yang dikatakan Perdana Menteri bahawa mereka itu hanya bertindak untuk mengejar kepentingan peribadi, bukannya parti dan rakyat. Cara Shafie itu bukannya bermatlamat perjuangan parti kerana parti lebih utama berbanding cita-cita seseorang pemimpin. Pemimpin parti saling tukar ganti untuk meneruskan perjuangan parti. Jika UMNO mementingkan individu tidak mungkin parti bertahan sehingga kini.

Parti Warisan ditubuhkan semata-mata untuk Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Tindakan MP Semporna itu sama dengan penubuhan parti PKR dan juga penubuhan parti PPBM pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Kepada rakyat Sabah, anda perlu dapat membezakan matlamat parti Warisan berbanding parti UMNO. Parti UMNO daripada mula ditubuhkan adalah berjuang demi rakyat, dahulu, kini dan selamanya.

Tuntasnya, rakyat kena menganalisa jika sesebuah parti atau pemimpin yang tiada kuasa membuat janji apabila janji itu sebenarnya hanya janji retorik, yakni janji bulan bintang. Rakyat perlu ingat, janji yang benar dan betul adalah janji semasa seseorang itu ada kuasa, bukannya janji selepas tiada kuasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook