Latest News

Thursday 2 March 2017

FAKTA SEBENAR Kemelut Rasuah Bekalan Air Di Sabah


SISTEM bekalan air terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu loji penapis, penyelenggaraan, loji penampungan dan jaringan paip. 

Bercakap berkaitan bekalan air, maka perlu mengetahui beberapa bahagian itu. Setiap bahagian mempunyai fungsi sendiri yakni tidak boleh memandang sistem bekalan air itu secara “lump sum”.

Sumber dana bagi bekalan air Sabah, pertama sudah tentu daripada Kerajaan Negeri dan yang kedua atau terbanyak adalah daripada Kerajaan Persekutuan.

Laporan SPRM oleh Junz Wong, Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkaitan dengan bekalan air Sabah adalah berkaitan dengan penyelenggaraan dan penampungan loji  yang dikatakan telah diberikan kepada 7 buah syarikat bermula tahun 2011 dengan nilai setiap syarikat RM122 juta untuk tempoh masa 20 tahun. Justeru, atas kerana itu dalam tempoh masa tersebut mencecah RM2.4 bilion.

Sebagai asas mengapa kerja-kerja penyelenggaraan loji penampungan diberikan kepada syarikat-syarikat kerana Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak mempunyai cukup tenaga kerja dan pakar kerana jika kerja-kerja seumpama itu dilaksanakan oleh jabatan, maka perlu melantik kakitangan dan tenaga pakar. Berasaskan pertimbangan “cost comparative” kerja-kerja seumpama itu adalah lebih “cost effective” jika diswastakan.

Oleh kerana kerja-kerja penyelenggaraan loji penampungan itu telah dilaporkan kepada SPRM, maka agensi itu akan dapat melihat sebab musabab mengapa kerja-kerja seumpama itu diswastakan. Melalui laporan kepada SPRM itu, selain membantu kerajaan negeri memberitahu rakyat mengapa kerja-kerja seumpama itu diberikan kepada syarikat-syarikat juga dapat mengiyakan Laporan Ketua Audit Negara bahawa menswastakan kerja-kerja demikian agar bertujuan meningkatkan nilai wang yang terlibat.

Sebenarnya, projek-projek yang bersandarkan dana daripada Kerajaan Negeri itu telah melalui peraturan kewangan kerajaan negeri dan telah diperakui oleh Ketua Audit Negara sebagai tindakan telus. Atas sebab itulah, tiada teguran mengenainya malah diberikan penarafan 5 bintang.

Berkaitan dengan dakwaan peguam Junz Wong, kononnya ada syarikat yang mendapat kerja itu hanya mempunyai pengalaman 2 hingga 3 tahun. Sebenarnya, umur syarikat bukan penentu kepada kepakaran sesebuah syarikat kerana yang menentukan kepakaran sesebuah syarikat adalah modal insan yang berkerja dengan syarikat itu. Modal insan adalah penentu kepada kepakaran sesebuah syarikat, bukannya tempoh lamanya sesebuah syarikat itu ditubuhkan. Berkaitan dengan kemampuan sesebuah syarikat dari segi kewangan, ianya juga bukan penentu kerana sesebuah syarikat bernilai 2 ringgit juga boleh sahaja menjadi 'syarikat multi jutaan' jika pemegang saham syarikat itu menyuntik dana jutaan ringgit.

Sebenarnya, skandal Jabatan Air Negeri Sabah yang dibongkar oleh SPRM bukan berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan loji penampungan tetapi projek-projek yang berkaitan dengan jaringan paip dan pembinaan loji-loji baru, di mana dananya daripada Kerajaan Persekutuan yang mana dana itu disalurkan melalui kementerian KKLW dengan berjumlah RM3.3 bilion.

Sebenarnya, Laporan SPRM oleh Junz Wong hanya bermatlamat politik untuk mengalih perhatian rakyat berkaitan dana KKLW semasa di bawah kendalian Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Semasa dana KKLW untuk penyambungan jaringan perpaipan luar bandar Sabah, di situlah berlakunya penyelewengan kerana seharusnya jaringan perpaipan sudah sempurna akan tetapi tidak dilakukan sehingga menyebabkan bekalan air bersih yang sudah dirawat tidak sampai kepada pengguna dek kerana jaringan perpaipan usang yang sepatutnya digantikan tidak dilakukan. Akibatnya, berlakulah kebocoran paip di merata tempat dan menyebabkan kerugian besar kepada Jabatan Air Negeri Sabah kerana berlakunya pendapatan yang tidak dapat dipungut.

Skandal bekalan air Sabah bukan kerana isu penswastaan penyelenggaraan loji-loji penampungan tetapi adalah disebabkan projek-projek penyambungan perpaipan.

Sebagai contoh, projek penyambungan paip yang tidak mengikut spesifikasi adalah penyambungan perpaipan di Semporna, Tongod, Pulau Gaya, Kota Belud, Kota Marudu dan beberapa banyak kawasan lagi. Akibat penyambungan perpaipan tidak mengikut peraturan, maka bekalan air bersih tidak dapat diatasi di kawasan-kawasan tersebut.


Kepada rakyat Sabah, jangan terpengaruh dengan tindakan pemimpin Parti Warisan itu dengan membuat laporan kepada SPRM berkaitan dengan bekalan air di Sabah. Ini kerana mereka mencuba mengalih pandang berkaitan isu sebenar, yakni penyelewengan dana KKLW semasa Datuk Seri Shafie Apdal menjadi menteri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook