Latest News

Thursday 23 March 2017

Kontraktor Pan Borneo- Terbuka Pada Bukan Rakyat Sabah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) APA SUDAH JADI INI MUSA AMAN? PAN BORNEO PUN KAU TUTUP MATA BAGI PADA KONTRAKTOR LUAR... Oleh FB Tj AJamain (screenshot)

MERAPU betul penulisan blog itu. Dari awal-awal lagi semasa pengumuman pembinaan Pan Borneo beberapa tahun yang lalu sudah dinyatakan oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah malah oleh Menteri yang berkaitan. Bahawa pelaksana atau kontraktor pembinaan lebuh raya itu, adalah kontraktor daripada Sabah secara sepenuhnya, namun kontraktor tidak dihalang, jika joint venture dengan syarikat lain.

Tulisan pada blog itu kemudiannya ditular oleh pengguna facebook itu adalah contoh MAKLUMAT PALSU  yang sedang berleluasa di negara ini sehinggakan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia melancarkan portal khas www.sebenarnya.com.my dan portal sukarela www.fitnahsabah.com untuk memberi maklum balas kepada rakyat berkaitan berita palsu.

Kepada pelayar laman sosial berhati-hati dengan pengguna facebook seperti yang mennularkan berita palsu yang ditulis oleh blog berkenaan. Kerana ianya bukan sahaja berita palsu akan tetapi berunsur menipu rakyat daripada segi maklumat.

Sebenarnya pengguna facebook inilah sebahagian daripada pemberi maklumat palsu dan fitnah di laman sosial sehinggakan memenuhi ruang google.  Mungkin sudah menjadi tujuannya mereka, ingin menjadi sumber maklumat palsu supaya ramai pelayar turut tertipu.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook