Latest News

Wednesday 1 March 2017

MASALAH BANJIR SABAH: Bila Dekat Pilihan Raya BARU DISELESAIKAN? BEGITUKAH??

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Good to finally know the government is doing something about the flood in Penampang. But really... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) Selagi MUSA memerintah kita... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

Menyelesaikan masalah banjir bagi sesebuah kawasan bukannya bergantung apakah ada pilihan raya ataupun sebaliknya. Sebabnya, projek tebatan atau mitigasi banjir bergantung kepada ketersediaan bajet. 

Jika projek mengatasi banjir hanya diluluskan menjelang pilihan raya sahaja, mengapa projek mengatasi banjir Penampang/Moyog tidak diluluskan pada PRU-2004 atau PRU-2008 atau juga PRU-2013? Ertinya, projek mengatasi banjir tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya sebaliknya tempoh masa akan ketersediaan bajet. Fikir-fikirkan!

Pihak kerajaan mana tidak mahu mengatasi banjir yang didepani penduduk!! Sebenarnya, jika bajet atau dana tersedia, maka kerajaan senantiasa mengatasi permasalahan rakyat termasuklah membina projek pencegahan banjir di Moyog/Penampang.

Pembangkang atau penyokong pembangkang, sebenarnya tidak suka apabila ada masalah rakyat dan kemudiannya diselesaikan oleh kerajaan kerana mereka itu akan ketiadaan isu lagi untuk diputar belit.

Sebenarnya, setiap masalah rakyat yang menunggu masa untuk diselesaikan oleh kerajaan kerap diwar-warkan sebagai kelemahan kerajaan. Tetapi, apabila masalah rakyat itu sudah diselesaikan mereka memperlekehkan pula termasuk membuat dakwaan kononnya kerana pilihan raya maka sesuatu projek baru dilaksanakan kerajaan. Umpamanya, dakwaan pengguna facebook tersebut kononnya kerana pilihan raya semakin dekat, maka projek tebatan banjir Moyog/Penampang diluluskan. Sedangkan, projek itu sudah lama dirancang dan hanya menunggu dana bajet yang mencukupi. 

Dasar fitnah semata!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook