Latest News

Thursday 30 March 2017

Panas!!! Isu Ekuiti Minyak dan Gas Bagi Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak terlalu tamak bah kan kalau Sabah tuntut... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

SEBARANG perbincangan untuk mendapatkan ekutiti bagi minyak dan gas bergantung kepada pertimbangan  bagi kekuatan  sesebuah syarikat atau entiti yang terlibat.  Ekuti menunjukkan pegangan pada sesebuah operasi carigali minyak dan gas. Sebagai contoh jika ekutiti yang dimiliki sesebuah entiti adalah 10%, dan setiap kos operasi perlu menyumbang dana sebanyak 10%. 

Industri minyak dan gas adalah industri padat modal dan melibatkan pelaburan berbilion ringgit.  Jika operasi itu mempunyai kos RM10bilion maka jika ekuti sesebuah entiti adalah 40% dan perlu menyumbang wang hangus sebesar RM4bilion. 

Carigali minyak dan gas tidak mejamin penemuan minyak dan gas atas sebab itulah industri ini merupakan industri padat modal. Bertahun-tahun syarikat carigali minyak mencari telaga minyak dan gas dan sudah tentunya sepanjang tempoh itu memperlukan dana yang besar.

Sabah, berasaskan kemampuan bersetuju dengan pemilikan ekutiti 25% bagi carigali minyak dan gas di daratan kerana atas pertimbangan keupayaan negeri menyumbang dana untuk proses carigali.

Boleh sahaja seseorang yang berpendapatan RM1000 sebulan menghidamkan membeli kereta ferarri. Oleh sebab itu dalam membuat keputusan perniagaan seseorang perlu mengukur di baju sendiri
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook