Latest News

Tuesday 21 March 2017

PANAS! Maklumat Palsu Mengenai Isu Kerjasama antara Petronas Dan Aramco!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dahlan,, what's the big deal if Malaysia is... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

MELALUI demokrasi dan kebebasan bersuara ada pihak-pihak tertentu mempergunakannya bagi mendapatkan kepentingan tertentu termasuklah penyebaran maklumat palsu dan berita palsu malah kadangkala membawa dakwaan fitnah.


Salah satu contoh bagaimana maklumat palsu mempunyai pengaruh besar apabila rakyat United Kingdom mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).



Semasa referendum apakah UK kekal atau keluar daripada EU mereka yang mahu keluar telah mempergunakan kempen BRIEX (Briton Exit). Melalui kempen itu ribuan berita atau maklumat palsu direkayasa. Sehinggakan mempengaruhi rakyat negara itu untuk mengundi UK keluar daripada EU. Selepas keputusan telah dibuat didapati rakyat negara itu terpengaruh dengan berita/maklumat palsu. Sehinggakan timbul 1001 penyesalan, namun penyesalan itu tidak berfaedah lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.



Maklumat/berita palsu  bukan berbentuk fitnah akan tetapi maklumat itu dikarang sedemikian rupa seolah-olah maklumat betul. Berita/maklumat palsu tidak menuduh sesiapa akan tetapi satu cara mempengaruhi pihak-pihak lain. 


Sebagai contoh berita/maklumat palsu, berkaitan dakwaan pembangkang  pada PRU-13 lalu kononnya seramai 40,000 warga Bangladesh mengundi semasa PRU tersebut. 

Dakwaan itu tidak menuduh sesiapa akan tetapi hanya mendakwa adanya sejumlah pengundi demikian.  Melalui dakwaan ini tiada sesiapa yang boleh didakwa di mahkamah kerana pihak yang membuat dakwaan tidak menuduh secara tepat siapa yang dituduh, melainkan mereka hanya menularkan cerita ada 40,000 pengundi Bangladesh telah mengundi.


Demikian juga maklumat palsu yang menyelubungi kerjasama antara Petronas dan Aramco (syarikat minyak Arab Saudi). Pihak-pihak tertentu telah membuat cerita palsu berkaitan dengan Aramco telah menarik diri daripada projek RAPID di Pangerang Johor dengan berbagai alasan yang diberikan, termasuklah berkaitan dengan perekonomian Malaysia.



Maklumat palsu itu tidak menuduh sesiapa tetapi mereka membuat laporan dengan mengaitkan satu isu dengan isu lain walaupun tidak saling berkaitan. Hal ini agar semua kelihatan bahawa projek seumpama itu tidak berdaya maju ( viable), dan jika Aramco meneruskan juga pelaburan, maka syarikat itu akan berdepan dengan kerugian.



Tujuan kepada maklumat palsu itu mengarah untuk mempengaruhi Aramco. Jika syarikat itu terpengaruh dengan laporan itu maka kemungkinan besar pelaburan USD7bilion antara Petronas-Aramco tidak menjadi kenyataan.



Melihat kepada maklumat palsu yang cuba dibuat berbagai pihak khusus Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Reports (SR) di mana laporan media itu mengaitkan berbagai faktor ekonomi di rantau ini dengan memberi ulasan negatif yang boleh mendorong Aramco menarik diri daripada perjanjian dengan Petronas.



Oleh kerana laporan (maklumat palsu) itu tidak menuduh sesiapa, maka ianya locus standi untuk di bawa ke mahkamah kerana sifat laporan. Maklumat itu hanya bercorak innuendo/sindirian yang cuba mempengaruhi pihak lain seperti mana yang dilakukan kempen Briex.



Cadangan pengguna facebook itu agar pengendali SR dilaporkan kepada polis scotland Yard hanya tindakan sia-sia kerana pihak United Kingdom pun terpaksa menerima dakwaan serupa sebagai asam garam sistem demokrasi dan kebebasan bersuara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook