Latest News

Friday 10 March 2017

Parti Warisan Mimpi Di Siang Hari

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) The incessant verbal attacks against Parti Warisan  ... Oleh Blog Free Malaysia Today (screenshot)

HANYA mereka yang tiada kematangan politik menganggap pendedahan kepincangan Datuk Seri Shafie Apdal semasa mantan pemimpin parti UMNO itu khususnya semasa menjadi menteri KKLW menunjukkan bahawa parti UMNO Sabah kehilangan sokongan dan seterusnya sokongan itu berpihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan). Benarkah?

Kenyataan Ketua Wira Warisan itu, Mohd Azis Jamman, kononnya kerana para pemimpin UMNO mendedahkan kepincangan Shafie, maka menunjukkan bahawa UMNO kehilangan sentuhan sehinggakan Sabah bukan lagi simpanan tetap parti Barisan Nasional.

Pemimpin UMNO Sabah mempunyai obligasi terhadap penyokong dan ahlinya dan ini perlu mendedahkan mengapa rakyat tidak terbela. Sebabnya, ada pemimpin yang telah disokong dan diangkat tetapi tidak menjalankan amanah yang telah diberikan.

Kerajaan Negeri Sabah sangat bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat khususnya, projek-projek yang bernilai ratusan juta. Atas sebab itu, kerajaan Persekutuan memberi dana sehingga RM3.3 bilion hanya untuk menyelesaikan masalah Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana itu melalui KKLW dan melantik anak watan Sabah untuk menerajui kementerian itu dengan harapan pemimpin itu mempunyai jiwa membangun dan memajukan Sabah.

Namun, apa yang berlaku pemimpin yang dipilih dan disokong itu ibarat, "harapkan pagar, pagar makan padi". Salahkah pemimpin UMNO memberitahu rakyat berkaitan tingkah laku pemimpin itu? Rupa-rupanya, pendedahan kepincangan Shafie dianggap oleh pemimpin parti Warisan seperti Azis kononnya, tindakan itu mencerminkan kekuatan Shafie. Apakah tindakan seseorang yang tidak menjalankan amanah yang diberikan dianggap hero? Jika demikian, maka rakyat Sabah perlu berhati-hati kerana tindakan serupa akan dilakukan jika parti Warisan diberi peluang memerintah. Para pemimpinnya akan meneruskan tidak menjalankan amanah rakyat kerana mereka yang ingkar dianggap sebagai hero pula. Siapa tahu!

Kenyataan Azis yang disiarkan melalui blog Free Malaysia Today pada 9 Mac 2017 kelmarin dengan tajuk “Attack on Warisan prove Umno is losing Sabah”, sebenarnya menerima pakai tindakan Shafie mensabotaj pembangunan luar bandar Sabah dan mengguna pakai tindakan tidak menjalankan amanah yang diberikan serta mengagungkan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni.

Adalah cukup bahaya jika rakyat Sabah memberi peluang kepada para pemimpin yang tiada nawaitu mmbela rakyat kerana bukan sahaja rakyat menjadi korban, malah negeri akan menjadi mundur! Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook