Latest News

Friday 3 March 2017

Parti Warisan Sabah (Warisan) VS Parti Barisan Nasional (BN)


PARA pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) kerap bercakap soal-soal suku kaum perkauman dan mendakwa, pemimpin BN kononnya mendakwa bahawa parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal itu adalah parti kaum Suluk atau parti lanun.

Sebenarnya, tidak ada seorangpun pemimpin parti BN Sabah mendakwa bahawa parti Warisan adalah parti Suluk atau parti lanun. Apa yang berlaku adalah dakwaan psikologi songsang yang dilakukan oleh penyokong parti itu sendiri (penyokong parti Warisan) bagi maksud membangkitkan soal-soal suku kaum yakni isu perkauman.

Parti BN dan pemimpinnya hanya bercakap soal-soal moral dan integriti Presiden parti Warisan itu khususnya semasa beliau menjadi pemimpin UMNO selama lebih 20 tahun dan bagaimana tanggungjawab beliau semasa menjadi menteri khususnya menteri KKLW. Itu sahaja!

Para pemimpin BN Sabah hanya memberi komen berkaitan moto Shafie iaitu menguna pakai 'Sabah for Sabahan' kerana lebih 20 tahun sebagai pemimpin UMNO dan pemimpin Sabahpun, tiada sepatahpun perkataan atau moto itu keluar daripada mulut MP Semporna itu sendiri bahawa perjuangan beliau adalah Sabah for Sabahan. Tindakan beliau selama lebih 20 tahun termasuk sebagai 'menteri kanan persekutuan' hanya menganaktirikan rakyat Sabah termasuk mengabaikan amanah yang diberikan kepada beliau untuk membela rakyat Sabah.

Para pemimpin BN dan kerajaan negeri Sabah tidak pernah sama sekali bercakap bahawa kemasukan PATI di Sabah atas sebab Shafie! Akan tetapi, hanya mempersoalkan tanggungjawab beliau semasa menjadi Timbalan Menteri Pertahanan sewaktu ketika dulu di mana beliau gagal membantu kerajaan negeri mengatasi kemasukan PATI di Sabah terutamanya di kawasan Semporna dan sekitarnya.

Adalah satu kesilapan mengatakan kegagalan menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Sabah kerana kerajaan negeri tidak menggunakan kuasa imigresen menghalang kemasukan itu sehinggakan membandingkan larangan masuk kepada beberapa pemimpin pembangkang daripada Semenanjung termasuk Nurul Izzah Anwar.

Seharusnya, pemimpin pembangkang seperti Darell Leiking mengunakan sedikit akal bahawa kuasa imigresen Sabah hanya boleh dikuatkuasakan kepada individu atau kumpulan individu yang masuk ke Sabah menggunakan laluan rasmi dan bukannya laluan 'tikus'.

PATI yang masuk ke Sabah bukan melalui laluan rasmi akan tetapi laluan tikus. Dengan keadaan demikian, hanya kekuatan penguatkuasaan seperti tentera atau polis sahaja boleh mengatasinya tetapi tidak kuasa imigresen.

Penubuhan ESSCom yang diguna pakai melalui ESSZone adalah satu kaedah yang sepatutnya dicadangkan oleh Shafie semasa Timbalan Menteri Pertahanan. Jika ESSCOM ditubuhkan pada masa beliau menjadi Timbalan Menteri Pertahanan, peristiwa pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu berkemungkinan besar tidak berlaku.

Demikian juga semasa beliau menjadi Menteri KKLW. Jika dana untuk luar bandar Sabah diguna pakai sepenuhnya, maka masalah luar bandar Sabah khususnya bekalan air bersih, elektrik luar bandar dan jalan raya perhubungan sudah pasti dapat diselesaikan. Ini tidak, dan ianya juga termasuk di kawasan beliau sendiri iaitu daerah Semporna, di mana masalah bekalan air juga masih seperti tahun 90-an. Sungguh memalukan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook