Latest News

Thursday 23 March 2017

Penceroboh Tanah Simpan Kerajaan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ada yang tidak ngam disini... Oleh FB Jo Nandu (screenshot) (screenshot)

MENGAPA dikatakan mereka itu penceroboh? sebab tanah itu sudah digazetkan sebagai tanah simpan atau hutan kekal sejak tahun 1965.  Semasa tanah itu digazetkan sebagai tanah simpan, hanya binatang liar burung-burung cengkerik yang mendiami hutan simpan itu. 

Bermula tahun 1990-an mereka menceroboh tanah simpan kerajaan dengan bantuan “para pemimpin tertentu”  dan menamakan kawasan itu sebagai tanah “NCR”.  Bagaimana boleh tanah itu menjadi tanah NCR? sedangkan pada asalnya kawasan itu tiada seorang manusiapun mendiaminya!!!

Sebenarnya para penduduk yang menceroboh tanah kerajaan adalah sebahagian daripada penduduk yang telah diberikan geran perorangan yang tercakup dalam 1.4juta hektar tanah NT yang kini telah bertukar tangan atau telah dijual kepada pihak lain.

Oleh kerana tanah milik mereka telah dijual maka untuk mendapatkan tanah baru. Mereka menceroboh tanah kerajaan dengan harapan dapat geran baru. Harapan mereka ini termasuk menipu dengan mengatakan bahawa kawasan itu tanah NCR sedangkan rekod Jabatan Hutan atau jabatan tanah tiada istilah tanah NCR di kawasan itu.

Demi keadilan untuk seluruh rakyat Sabah. Sangat tepat jika Jabatan Hutan atau Jabatan Tanah merobohkan sebarang struktur yang dibina di tanah simpan kerajaan. Kerana mereka ini, sebenarnya agen kepada kerosakan alam sekitar kerana kerap menceroboh hutan termasuk tindakan membakar hutan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook