Latest News

Wednesday 29 March 2017

Pengalaman Pemimpin Pembangkang Memperdaya Rakyat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salam solidarity... Oleh FB Jame Aik  (screenshot) (screenshot)


BIASANYA, seseorang tidak boleh mendakwa sesuatu perkara tanpa dibuat sendiri. Berasaskan tulisan pengguna facebook itu menunjukkan tindakan yang didakwanya merupakan pengalaman sendiri. Jangan menyamakan pengalaman diri sendiri dan orang lain juga ikut sama.

Di Sabah, kebanyakan ahli politik atau penyokong pernah menjadi sebahagian ahli parti. Sama ada parti yang sedang memerintah sekarang ataupun ahli parti yang dahulu sebahagian daripada kerajaan, dan kini menjadi parti pembangkang.

Undi tidak boleh dijual beli. Pengundi mengundi berasaskan parti yang disokong. Kenyataan pengguna facebook itu. Adalah satu penghinaan kepada pengundi kerana undi tidak boleh dijual beli.

Berkaitan gambar-gambar jalan raya yang turut disertakan melalui posting itu. Secara tersirat membandingkan jalan raya di Semenananjung dengan jalan raya Sabah. Perlu diakui, bahawa jalan raya antara Semenanjung dan Sabah berbeza. Sebabnya semasa merdeka dahulu, Sabah belum ada jalan, sementara di Semenanjung sudah ada jalan raya. Jalan raya di semenanjung masa itu sudah beraspal, berbanding di Sabah, langsung tiada jalan raya kerana keadaan Sabah masa itu sungguh daif.

Keadaan jalan raya antara Sabah dan Semenanjung semasa merdeka, ibarat pelari 100 meter, pelari Semenanjung sudah sampai digarisan penamat dan sementara itu pelari Sabah, belum pun memakai kasut. Kalau jalan raya di Semenanjung canggih, kerana jalan dinaik taraf manakala di Sabah perlu membina jalan baru.

Jangan menipu rakyat, dengan melihat keadaan jalan raya. Kerana mereka yang lahir sebelum tahun 1960. Adakah tahu betul keadaan jalan raya Sabah? Malah daripada Tuaran ke Kota Kinabalu masa itu memerlukan 4-5 jam untuk sampai berbanding sekarang dalam 30 minit. Demikian juga daripada Kota Belud ke Tuaran, masa itu, memerlukan 2-3 hari dan sekarang dalam 30 minit. Manakala daripada Keningau ke Kota Kinabalu berhari-hari sehingga seminggu sekarang paling lama pun  satu jam setengah. Sementara di Semenanjung pada masa yang sama sudah ada jalan raya bertar. Ertinya jangan membandingkan antara durian dan pisang, kerana ianya sangat berbeza walaupun, sama-sama buah tempatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook