Latest News

Wednesday 15 March 2017

PRU-14: Ke Arah Sistem Dua Parti?


SEMPENA Ucapan Dasar Presiden UMNO pada PAU UMNO tahun lepas, Dato' Seri Najib Razak memberi isyarat bahawa pada PRU-14 pengundi akan berdepan dengan DUA pilihan iaitu kerajaan yang diterajui UMNO atau kerajaan yang diterajui DAP.

Indikasi bahawa kenyataan itu akan berlaku apabila senario politik semasa memberi isyarat bahawa sistem dua parti akan terlaksana atas sebab parti-parti pembangkang akan bersatu menggunakan hanya satu lambang bagi berdepan dengan Barisan Nasional. 

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (DAP-PKR-AMANAH) bersama PPBM akan menggunakan simbol seragam bagi berdepan dengan PRU-14. 

Ucapan Mahathir memang logik kerana jika berlaku pertembungan berbagai penjuru, maka ianya memberi peluang yang tinggi kepada BN untuk menang seperti mana berlaku pada PRU-PRU atau PRK-PRK yang lepas. Jika pembangkang mahu merampas kerajaan, maka tiada pilihan parti-parti itu perlu menggunakan hanya satu simbol.

Apa yang menjadi penghalang kepada sistem dua parti adalah parti PAS kerana parti itu akan bertanding menggunakan simbol sendiri. Jika berlaku demikian, maka akan berlaku 3 penjuru khususnya di kawasan-kawasan majoriti Islam/Bumiputera termasuk kawasan-kawasan plural.

Adalah menjadi kelebihan kepada BN, jika PAS akan bergerak solo. Demikian juga di Sabah, jika parti-parti pembangkang tidak berjaya bergabung dengan menggunakan satu simbol, maka BN Sabah mempunyai peluang yang tinggi untuk menang yang bukan sahaja dapat menubuhkan kerajaan, bahkan menang dengan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Dalam politik, tiada yang mustahil! Pembangkang boleh sahaja bergabung. Sebab itu, parti Barisan Nasional tidak boleh menghitung anak ayam sebelum telurnya menetas.

Jika Pilihan Raya Umum ke-13 mendapat jolokan 'ibu' kepada pilihan raya di negara ini, PRU-14 pula merupakan 'bapa' kepada semua pilihan raya.

Rakyat negara ini perlu berfikir dengan mendalam dan perlu berfikir sewaras-warasnya, apakah sudah bersedia meneriam kerajaan yang diterajui DAP? Parti DAP adalah parti berlatar belakang cauvinis, yakni sebuah parti yang berlata belakang menghalalkan cara. Apakah rakyat yang beragama Islam sudi menerima kerajaan yang diterajui parti yang mempunyai pegangan demikian?

Parti DAP yang asas perjuangannya Malaysian Malaysia, ertinya akan memansuhkan keistimewaan Bumiputera sebaliknya akan mengguna pakai sistem merit. Mampukah Bumiputera bersaing? Seperti mana dalam acara lumba lari seseorang sudah berada 100 meter ke depan, di mana pelumba itu lebih pantas daripada yang ketinggalan di belakang. Sehinggalah sampai ke garis penamat, pelumba yang kurang pantas itu akan senantiasa berada di belakang atau senantiasa ketinggalan.

Bumiputera memang dizahirkan mendiami kawasan luar bandar manakala rakyat yang berkiblat dan mendasari perjuangan DAP adalah mereka yang sudah lebih berdekad tinggal di kawasan bandar yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan. Sejaguh manapun rakyat yang tinggal di luar bandar tidak akan mampu mengatasi mereka yang lebih awal maju. Paling tidakpun hanya dapat mengimbangi dan tidak akan lebih. Bersediakah kaum Bumiputera menjadi rakyat kelas kedua? Atau rakyat yang senantiasa mendapat sisa-sisa?

Janganlah menjadi tanah dipijak meskipun mengguna pakai nama sendiri walaupun tanah sudah menjadi milik orang lain. Renung-renungkan!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook