Latest News

Friday 3 March 2017

RAHSIA BESAR!!! Di Sebalik Tindakan Shafie Melawan Arus

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Najib said that Shafie asked to be the next CM of Sabah... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

JAWATAN KETUA MENTERI SABAH adalah punca utama Datuk Seri Shafie Apdal menongkah arus.  Oleh kerana Perdana Menteri dan Presiden UMNO iaitu Dato' Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan permintaan MP Semporna itu untuk menjadi Ketua Menteri Sabah, maka Shafie bertindak melawan arus.

MP Semporna itu malah mencadangkan kepada Perdana Menteri, bagaimana beliau boleh menjadi Ketua Menteri Sabah iaitu melalui Pilihan Raya kecil (PRK), di mana Dato' Jaujan Sambakong bersedia mengosongkan kerusi.

Sebenarnya, Shafie hanya mahu memenuhi keinginan peribadi beliau dan bukannya untuk rakyat Sabah. Jika beliau benar-benar mahu membela rakyat Sabah, mengapa semasa beliau menjadi menteri KKLW sanggup menubuhkan pejabat-pejabat KKLW di seluruh daerah Sabah sebagai duplikasi kepada agensi kerajaan negeri semata-mata untuk mengurus dana berbilion ringgit dana persekutuan yang disalurkan melalui KKLW. Sila fikir!

Satu lagi kegagalan mutlak Shafie semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Pertahanan apabila beliau gagal membantu kerajaan negeri membendung kemasukan PATI khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah terutama di daerah Semporna. 

Shafie, sebenarnya, tiada hasrat untuk membangun dan memajukan Sabah. Matlamat beliau hanya kuasa dan sebab itu semasa menjadi pemimpin UMNO Sabah, beliau mengguna pakai kaedah pecah dan perintah apabila memberi keutamaan kepada segelintir pemimpin UMNO di peringkat bahagian dengan memberikan berbagai habuan termasuk projek-projek jutaan ringgit bagi projek-projek yang bercanggah dengan perancangan bahagian sehinggakan projek-projek demikian menjadi 'gajah putih'.

Seperkara lagi, apabila Shafie enggan menyalurkan dana persekutuan kepada kerajaan negeri. Tujuannya, agar kelihatan kerajaan negeri tiada keupayaan untuk membela rakyat Sabah.  

Hakikatnya, selama Shafie menjadi pemimpin UMNO Sabah dan menteri kanan Persekutuan, hasratnya mensabotaj pembangunan dan kemajuan Sabah agar rakyat mendakwa kepimpinan Datuk Seri Musa Aman telah gagal. Akibat dek kerana nawaitu busuk beliau itu akhirnya, kini telah terdedah kesemuanya termasuk kenyataan Perdana Menteri di Sandakan pada Jumaat, 3 Mac 2017 apabila berkata, “orang itu datang jumpa saya minta dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah” kemudian Perdana Menteri berkata lagi, “kalau orang itu datang lagi (Sandakan), tanya dia apa yang dia buat untuk rakyat Sabah”.

Renung-renungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook