Latest News

Thursday 16 March 2017

Sejak Bila Terrence Siambun Jadi Penguasa Trafik?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Simpang Limbanak patut buat Small Roundabout atau Simpang 3... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PENENTUAN pemasangan lampu trafik perlu mengambil kira keseluruhan jalan serta aliran trafik dan bukan tertumpu pada satu-satu lokasi. Lampu trafik bukanpun pemudah cara kepada kelancaran trafik malah kadangkalanya menghalang kelancaran trafik untuk keselamatan.

Pemasangan lampu trafik akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) jika didapati di sesebuah kawasan memerlukan. Penguasa trafik sebenarnya tahu apa yang perlu dilakukan kerana jabatan itu bertugas untuk memastikan kelancaran trafik dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Kadangkala, individu seperti Terrence Siambun merasakan bahawa sesuatu tempat perlu dipasang lampu trafik tetapi menurut aliran trafik kawasan itu tidak perlu atas kerana jika pemasangan dilakukan, maka akan lebih menyumbang kepada kesesakan di kawasan lain.

JKR perlu melihat keseluruhan perjalanan kenderaan dan bukan hanya di kawasan daerah Penampang sahaja. Terrence kena ingat itu! Walau bagaimanapun, jika cadangan pemasangan lampu trafik di kawasan itu diperlukan, maka jangan bimbang JKR akan memasangnya.


Justeru, sekali lagi diingatkan bahawa isu ini bukan isu politik sehingga perlu dipolitikkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook