Latest News

Friday 3 March 2017

SIAPA DIA Zulkarnain Mahdar?? NGO? Pro Kerajaan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Zulkarnain Mahdar why you don't make police report... Oleh FB Jo Nand (screenshot)

ZULKARNAIN Mahdar hanya merupakan seorang rakyat Sabah dan bergiat dalam NGO menyokong BN (pro kerajaan). Individu itu bukan sebahagian daripada pemimpin BN atau kerajaan BN. Dia bertindak atas kapasiti peribadi sebagai rakyat. Tindak-tanduknya adalah tanggungjawabnya sendiri, yakni tidak mewakili BN atau kerajaan BN. Tindakan beliau sama dengan Junz Wong walaupun Junz bertindak mewakili partinya iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan).

Mana-mana individu yang bertindak secara peribadi seperti Zulkarnain Mahdar tidak boleh dikaitkan dengan parti BN atau pemimpin BN kerana individu itu tidak mewakili parti BN atau kerajaan BN. Adalah satu tindakan tidak betul apabila tindakan seorang rakyat seperti Zulkarnain di mana secara peribadinya menyokong parti BN dan kerajaan BN dikatakan mewakili parti BN atau kerajaan BN. 

Tiada asas kepada dakwaan itua atas kerana setiap rakyat negeri ini bebas bertindak atas kapasiti peribadi asalkan tidak melanggar undang-undang. Jika individu berkenaan melanggar undang-undang, maka urusan itu adalah urusan peribadi beliau sahaja.

Kepada pengguna facebook itu, janganlah mengaitkan tindakan Zulkarnain Mahdar dengan parti BN atau kerajaan BN kerana individu berkenaan sama sekali tidak mewakili parti BN apatah lagi kerajaan BN. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook