Latest News

Wednesday 1 March 2017

SKANDAL RASUAH DANA KKLW DILUPAKAN?? Kedustaan Jo Nandu & The VOICE of Borneo

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) So,.. no body seem to be interested in this Watergate Scandal anymore yes... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) Malaysia is synonymous with corruption, a terminal disease that will destroy the whole country.Even the top leaders are all guilty of committing this serious crime... Oleh FB The Voice Of Borneo (screenshot)

KEDUA-DUA pengguna facebook itu adalah seseorang yang suka membuat kenyataan bohong! Sebabnya, sesuatu perkara yang tiada kena-mengena dengannya tetapi membuat dakwaan, kononnya pihak berkuasa yakni SPRM tidak bertindak dan melupakan skandal rasuah dana KKLW yang berlaku di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang berjaya dibongkar pada 4 Oktober 2016 yang lalu.

Pengguna facebook itu, selain menipu dirinya juga mahu mengelirukan pembaca dengan memberi maklumat salah dan palsu. Ini kerana pihak SPRM sebenarnya sudahpun menghadapkan para individu yang terlibat ke mahkamah dan kini telah ditetapkan bahawa perbicaraan akan berlangsung bermula 4 Julai 2017 sehingga 25 Ogos 2017. 

Pihak SPRM juga semasa perbicaraan itu akan memanggil seramai 200 saksi sepanjang masa perbicaraan. Dilupakankah ini? Sungguh dangkal sekali!

Pengguna facebook itu, sebenarnya sejak penglibatannya dalam media sosial konsisten dengan tindakan menabur cerita-cerita fitnah dan bohong. Atas sebab tindakannya yang senantiasa tegar berbohong, maka pengguna media sosial dinafikan daripada maklumat betul dan benar. 

Entah apa tujuan kedua-dua pengguna facebook itu menabur maklumat fitnah dan bohong? Kemungkinan besar, jiwanya yang terganggu atau dipenuhi dengan hasad dengki maka diotaknya tiada lagi perkara-perkara baik dan betul yang boleh dikongsikan melainkan cerita bohong dan fitnah sahaja. 

Memang ada manusia seumpama ini kerana ianya manusia yang bertopengkan manusia tetapi sebenarnya golongan syaitan. Siapa tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook