Latest News

Thursday 16 March 2017

Sokong DAP, Bermakna Menyokong Diktator!!!


DI NEGARA ini, tiada seorang pun yang paling berkuasa dalam sesebuah parti, di mana sejak penubuhannya orang yang sama juga masih berkuasa. 

Rekod itu hanya ada pada orang yang bernama 'LIM KIT SIANG'. Cuba bayangkan, sejak penubuhan parti DAP 51 tahun yang lalu, orang yang sama juga masih mempunyai kuasa yang sama. Selepas mengosongkan kerusi Setiausaha Agung, jawatan itu pula diberikan kepada anaknya Lim Guan Eng.  

Parti DAP menyerupai cara kerja parti sosialis kerana orang yang berkuasa adalah Setiausaha Agung.

Pencacai DAP mempersoalkan bagaimana pula Lim Kit Siang boleh dikatakan diktator? Sedangkan, pemimpin utama DAP itu tidak pernah berkuasa dalam sesebuah kerajaan. Pemahaman itulah yang memperlihatkan ceteknya akal para pencacai parti itu. Ini kerana seseorang yang mengamalkan diktator tidak semestinya berjawatan Perdana Menteri atau Ketua Menteri. 

Seseorang yang bertindak diktator boleh sahaja berlaku dalam kumpulan kecil seperti dalam sebuah parti. Sifat seorang diktator adalah mewajibkan semua mengikut mendengar arahan dan tidak boleh membantah serta tidak boleh mengeluarkan pendapat yang berlainan. Apatah lagi berhasrat melawan untuk merebut jawatan.

Lihat bagaimana susunan pemimpin DAP hanya mereka yang mendapat restu daripada Lim Kit Siang sahaja yang terpilih dalam sebarang pertandingan dalam parti. 

Mereka yang mendapat restu Kit Siang pasti menduduki urutan "Top 10" kerana mereka dalam urutan itu akan terpilih dalam CWC iaitu badan tertinggi parti. Sesiapa pemimpin parti itu di luar CWC adalah hanya budak suruhan dan kaki angguk seperti burung Tiong.

Sebenarnya, satu perkara yang mungkin rakyat tidak perasaan bahawa setiap penyokong DAP adalah terdiri daripada mereka yang bersifat mahu memonopoli kuasa atau bersifat diktator. 

Ertinya, setiap pemimpin atau penyokong parti itu perlu mempunyai sifat diktator dan jika tiada sifat itu, maka tidak akan sekali-kali menjadi pemimpin atau penyokong parti itu.

Kini, dalam parti-parti pembangkang telah menggabungkan dua manusia yang mempunyi sifat-sifat diktator, Tun Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang.

Sifat diktator Tun Dr. Mahathir mengarahkan Pakatan Harapan bersama PPBM perlu mencari simbol atau logo baru untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Maknanya, baik lambang DAP, PKR dan AMANAH tidak boleh digunakan dan mungkin juga lambang 'Bunga Raya' tidak boleh diguna pakai. Apakah lambang yang sesuai?

Kalau berasaskan kepada sifat yang boleh mewakili tingkah laku Tun Mahathir dan Kit Siang hanya lambang sabit dan tukul sahaja yang sesuai. Persoalannya, apakah lambang itu bakal dipertimbangkan? Bagi menyabit dan menukul 'dacing'??? Kerana hanya sabit dan tukul sahaja boleh mencincang dan memecahkan dacing!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook