Latest News

Monday 13 March 2017

TAFSIRAN PROVOKASI: Hak Berpisah Dengan Persekutuan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kuala Lumpur tiada HAK MENGAUT HASIL KEKAYAAN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SANGAT jelas pada Perkara 7 dan Perkara 20 yang merupakan lampiran kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Malaysia bahawa Sabah dan Sarawak tiada kuasa untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Mereka yang mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak ada hak keluar daripada Malaysia dengan memberi analogi jika bole bergabung, maka berpisah, jika bole kahwin, maka bole bercerai!

Analogi mereka itu hanya berasaskan pendekatan logik tetapi bukan pendekatan undang-undang atau perjanjian yang termeterai semasa Sabah dan Sarawak dibebaskan oleh penjajah British pada tahun 1963.

Sangat jelas bahawa British semasa membebaskan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 untuk membentuk Persekutuan pada 16 September 1963 bahawa dua (2) wilayah akan kekal sehingga kiamat bersama Persekutuan Malaysia.

Mereka yang mempersoalkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia sama seperti mempersoalkan mengapa pengguna facebook itu boleh lahir ke dunia. Bolehkah? Anda kembali untuk tidak dilahirkan? Jika anda berfikiran demikian, maka pulang ke rumah dan jika ibu dan bapa anda masih hidup berilah persoalan ini, mengapa mereka melahirkan anda?!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook