Latest News

Friday 17 March 2017

Ubah Kerajaan : Relevenkah Hujah Pemimpin lama?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masih ingat... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

KADANGKALA hujah manusia melogikkan sesuatu yang tidak logik. Misalnya hujah peluang pembangkang menang kerana ramai pemimpin kerajaan yang sudah lama memegang kuasa. Maknanya hujah itu bukan kerana kerajaan tidak baik akan tetapi dalam kerajaan itu ramai yang memegang jawatan terlalu lama. Jika soalan ditimbulkan pada penjawat awam misalnya mengapa tidak mahu berhenti kerja sedangkan sudah bertugas lebih 30 tahun berhentilah supaya orang lain boleh ganti. Soalan itu juga bukan berkaitan sesuatu jawatan yang disandang seseorang itu akan tetapi mempersoalkan mengapa seseorang itu tidak mahu berhenti?

Sepatutnya seorang bekas Setiausaha Kerajaan Negeri seperti Tan Sri Simon Sipaun tidak sepatutnya berhujah bahawa menggantikan kerajaan. Hanya kerana ada pemimpin kerajaan yang memegang kuasa terlalu lama.  Sepatutnya dinilai,adalah polisi dan pendekatan kerajaan bukannya melihat kepada sosok tubuh seseorang pemimpin.  Adalah satu hujah yang tidak relevan bahawa kerana seseorang pemimpin kerajaan terlalu lama memegang kuasa maka polisi kerajaan tidak relevan untuk kemajuan rakyat atau negeri atau negara atas sebab itu maka kerajaan perlu dibuah.

Di Sabah hanya julung kali berlaku, bahawa seorang Ketua Menteri melepasi 10 tahun kerana sebelum ini hanya 9 tahun. Mungkin hujah Sipaun itu adalah asas mengapa kaum KDM dan cina menjatuhkan kerajaan USNO dan Berjaya kerana alasan kerajaan tidak boleh lama-lama memerintah.  Mantan Setiausaha Kerajaan negeri itu lupa bahawa sekali air bah maka pantai berubah. 

Atas keputusan kaum KDM dan Cina mengubah kerajaan pada tahun 1976 dan 1985 apa yang berlaku kepada negeri Sabah dan rakyatnya? negeri mundur dan rakyat jadi miskin sehinggakan menduduki tercorot dalam negara kerana tingginya kadar kemiskinan.

Kalau tidak berlaku kesinambungan kepimpinan kerajaan yang bermula tahun 1994 tidak mungkin Sabah terkeluar daripada negeri termiskin tidak mungkin Sabah dapat mempunyai simpanan kewangan melebihi RM3bilion seperti sekarang dan tidak mungkin Sabah membentangkan bajet tahunan berlegar-legar pada angka RM4bilion.

Tahu kah bahawa pembangunan Sabah telah berlaku tersangat pesat sehinggakan Ketua Menteri negeri jiran iaitu Sarawak begitu kagum sekali berkaitan dengan kadar pembangunan Sabah. Seperti kata beliau Kota Kinabalu sungguh berbeza dengan keadaan 10 tahun lalu Kota Kinabalu sudah menjadi “new city” di wilayah Timur Negara.

Mengapa angsa bertelur emas dibunuh? Sedangkan tujuan utama setiap rakyat adalah pembangunan!!! Apa kah pemimpin pembangkang yang membawa kudis bersama mereka semasa sebahagian daripada kerajaan, mampu memerintah lebih baik??? Kepada Simon Sipaun jangan melogikkan sesuatu yang tidak logik melalui hujah kata-kata.

Salahkah Datuk Hajiji Haji Noor menjadi wakil rakyat dan menteri terlalu lama? sedangkan beliau sangat produktif!!! cuba lihat transformasi di kawasan Sulaman di kawasan yang di wakili wakil rakyat yang lebih 3 penggal!!! kawasan itu maju! Rakyatnya senang! Terlalu zalim kah mereka itu? Yang membela rakyat sehingga kerana alasan terlalu lama memegang kuasa oleh itu, kerajaan yang mereka wakili perlu diubah??? Hujah itu  hanya hujah picisan!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook