Latest News

Wednesday 15 March 2017

Ucapan Datuk Shafie Di Dewan Rakyat Memakan Diri?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UCAPAN BAHAS MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA PARLIMEN KETIGA BELAS... Oleh FB Page Shapie Apdal Official (screenshot)

JIKALAU bercakap berkaitan industri, perkara utama adalah economies of scale yakni bukan berasas kepada jumlah. Shafie mengaitkan jumlah industri dengan jumlah pengangguran. Memang betul, semakin banyak industri dibuka, maka akan membuka banyak peluang pekerjaan. Soalan berikutnya, jika industri itu tiada economies of scale, maka satu dua tahun tutup akan berlaku penswastaan syarikat itu dan akhirnya juga ditutup. Contoh kilang/syarikat di negara ini berdepan keadaan demikian bukan sedikit, malah melibatkan industri gergasi seperti Perwaja Steel. Kalau bukan Malaysian Airlines Berhad dan PROTON Holdings Berhad kerap disuntik dengan dana segar, sudah lama jatuh dan lingkup. Memang kewujudan syarikat-syarikat akan membuka peluang pekerjaan tetapi di lain pihak membebankan, yakni sama dengan gali lubang tutup lubang.

Bercakap soal kilang penapisan minyak kelapa sawit di Sabah yang juga berkaitan economies of scale dengan atas prinsip tersebut, maka kilang penapisan hanya ada di Lahad Datu sementara di kawasan-kawasan lain hanya kilang memproses Crude Palm Oil (CPO).

Memang sedap didengar khususnya mereka yang menganggur bahawa pendekatan membuka kilang di mana-mana khususnya di kawasan luar bandar boleh mencegah penghijrahan ke bandar-bandar termasuk berhijrah ke Semenanjung. Akan tetapi, apa yang lupa disebutkan MP Semporna itu, setiap syarikat yang ditubuhkan berorentasikan kepada keuntungan kerana pelaburan yang dilabur perlu mendatangkan pulangan. Oleh kerana penubuhan sesebuah syarikat berunsur ekonomi, maka pertimbangan adalah economies of scale melalui analisis SWOT (strengths, weakness, opportunities and threats) sesebuah syarikat.

Dalam ucapan Shafie di Parlimen sempena persidangan sesi ke-13 di Dewan Rakyat, apa yang lupa diberitahu MP Semporna itu bahawa kemajuan sesebuah wilayah atau kawasan sangat bergantung kepada kemudahan asas rakyat. Kemudahan asas itu adalah seperti jalan raya perhubungan, kemudahan elektrik dan kemudahan bekalan air bersih. Ini kerana semua kemudahan ini adalah sebagai penarik kepada penggiat ekonomi pada wilayah atau kawasan-kawasan itu. Tanpa adanya kemudahan seumpama itu, maka cuba tanya MP Semporna itu, adakah masih ada pelabur yang sanggup membuka kilang? atau aktiviti ekonomi?

Sebagai contoh, bagaimana sesebuah wilayah yang daif boleh menarik pelabur? Adalah bagaimana Pulau Mantanani Besar di Kota Belud dapat menarik pelabur. Pertama, disediakan kemudahan pengangkutan. Kedua, disediakan sumber air. Ketiga, disediakan penjana elektrik, keempat disediakan menara untuk kemudahan internet dan kelima disediakan kemudahan jeti. Apabila semua kemudahan itu tersedia, kini, pulau itu menjadi kegemaran para pelancong dan impaknya begitu banyak penggiat-penggiat pelancongan beroperasi sehinggakan membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan malahan kuda yang hanya dipelihara, kini menjadi produk yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Jikalau semasa MP Semporna itu semasa menjadi Menteri KKLW mengutamakan pembangunan kemudahan asas bagi kawasan-kawasan luar bandar di Sabah, mungkin sekarang sudah beratus aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan demikian dan sudah tentu, isu berlakunya penghijrahan orang-orang muda seperti yang disebutkan sudah terbendung.

Berkaitan dengan domestic consumption dikaitkan dengan kuasa membeli dan kemudiannya dihubungkan dengan GST dan harga petrol, sebenarnya kekuatan perekonomian sesebuah negara adalah dilihat dari segi kekuatan domestic consumption. Atas sebab itu, kerajaan memperkenalkan kumpulan B40 kerana mereka ini sebenarnya sebagai penggerak kepada domestic consumption. Bagi meningkatkan kuasa beli kumpulan ini, maka kerajaan memperkenalkan BR1M yang bernilai RM7 bilion. Cuba bayangkan, bagaimana impak berganda wang sejumlah itu pada ekonomi negara khususnya berkaitan domestic consumption?

Impak GST dan pengapungan harga petrol, cuba bayangkan impak RM38 bilion daripada GST untuk pembangunan negara manakala impak pengapungan harga petrol pula yang berlegar-legar pada angka RM20 bilion. Akibat GST dan rasionalisasi harga petrol, negara mendapat tambahan RM58 bilion! Cuba bayangkan impak kewangan itu kepada pembangunan negara khususnya luar bandar. Sebab itulah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai hampir RM25 bilion dapat berjalan dengan mulus tanpa gangguan. Oleh kerana negara mempunyai kewangan, maka Perdana Menteri boleh mengumumkan pembinaan hospital baru di Kelantan yang berkos RM140 juta. Oleh kerana kerajaan mempunyai cukup wang, maka Lapangan Terbang Sandakan juga dapat dipanjangkan.

Kalau bukan pandangan jauh daripada Perdana Menteri dengan memperkenalkan dua pendekatan itu, cuba bayangkan, apa yang berlaku terhadap kewangan negara ekoran jatuhnya harga minyak daripada 100 dolar kepada 50 dolar setong. Nawaitu membela rakyat dapat mengilhamkan pemimpin negara kepada pendekatan-pendekatan yang dapat membantu rakyat.

Pemimpin seperti Shafie memang petah berhujah akan tetapi hujah itu bukan berasaskan kepada pertimbangan ekonomi sebaliknya hanya bertujuan politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook