Latest News

Thursday 16 March 2017

Warisan Bermain Psikologi Songsang?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sekali lagi bukti... Oleh FB Mohd Azis Bin Hj Jamman (screenshot)


DALAM permainan songsang perbuatan sendiri akan menyalahkan orang lain. Kemudiannya, akan memberi komen kononnya pihak BN pula yang terdesak. Sebenarnya, Warisanlah yang sebenarnya terdesak mendapatkan sokongan. Sedarkah? Para pemimpin parti Warisan bahawa apapun tindakan parti itu pihak BN tidak mahu ambil tahu atas sebab tidak memberi kesan dengan BN

Apa masalah BN dengan parti Warisan? Sedangkan, sudah jelas mereka itu pembangkang kawasan di mana mereka berkumpul adalah kawasan bukan kawasan mereka. 

Kepada pemimpin parti itu, janganlah perasaan kononnya parti anda boleh menggugat parti BN. Tahukah anda, di kawasan BN pun apabila parti Warisan datang berkumpul tidak ada gangguan apatah lagi kawasan pembangkang. Apakah jadahnya parti Warisan yang berkumpul maka parti BN pula yang sibuk? Lantaklah apa yang dibuat melalakkah, berguling-guling, mengangkut semua orangkah, memberi wangkah ataupun beri minumn air longkang dan itu semua urusan parti mereka.

Tular di laman facebook merupakan tindakan yang tidak dapat dikenal pasti siapa pelakunya. Oleh kerana parti Warisan terdesak, maka cuba bertindak seperti yang ditularkan dan akan menyalahkan parti BN jika pada perjumpaannya tiada sambutan kononnya kerana sabotaj.

Pakai otaklah sedikit, rakyat Sabah bukan bodoh! Jangan alihkan kelemahan sendiri kepada orang lain. Kalau merasa lemah akui sahajalah lemahnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook