Latest News

Tuesday 4 April 2017

Adakah Sabah Tidak Pernah Dianaktirikan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Gaji Rendah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MAKSUD Timbalan Perdana Menteri itu, bahawa Sabah tidak pernah dianaktirikan semasa Sabah diperintah Parti Barisan Nasional.

Parti Barisan Nasional Sabah mula memerintah Sabah bermula tahun 1994 dan sejak masa itu Sabah tidak lagi dianaktirikan.

Para pemimpin kerajaan Parti Barisan Nasional mencuba berbagai kaedah membangun Sabah dan rakyatnya. Sebagai contoh, sehingga tahun 1990 hampir 50 peratus kawasan perkampungan Sabah tidak mempunyai bekalan elektrik bekalan air bersih dan jalan-jalan perhubungan. Namun selepas Parti Barisan Nasional memerintah semua kekurangan itu secara berkala dibina. Malah pada masa sekarang 90 peratus kawasan Sabah telah mempunyai bekalan elektrik. Sementara itu jika dana RM3.3bilion tidak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu bekalan air bersih luar bandar sudah dapat diselesaikan.

Kepada pengguna facebook itu berkatalah benar jangan menafikan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan Parti Barisan Nasional. Kalau bukan kerana kemajuan, pengguna facebook itu tidak akan mampu menjadi “wartawan” dengan menggunakan hujung jari dan bebas pula membuat dakwaan-dakwaan karut.

Mengapa  pengguna facebook itu tidak mampu bercakap benar? Sebabnya hatinya sudah hitam, tidak dapat menerima kebenaran dan fakta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook