Latest News

Tuesday 18 April 2017

Apa Maksud Sebenar DSP Musa Haji Aman?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Meludah ke langit trkena muka sendiri... Oleh FB KD Daming (screenshot)

MAKSUD sebenar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman adalah berkaitan dengan kepentingan negeri dan rakyat Sabah.

Beliau meminta rakyat Sabah terdiri daripada kerajaan atau pembangkang hendaklah berkerjasama?  Jika berkaitan dengan kepentingan negeri dan rakyatnya? Sebagai satu pasukan agar,suara Sabah kedengaran sebagai satu dan sudah tentu, jika keadaan itu berlaku maka suara Sabah menjadi kuat.

Kerajaan Sabah, yang diterajui parti Barisan Nasional tidak semestinya ‘SEMUA TAHU’ atas sebab itu rakyat Sabah terbuka mengemukakan cadangan atau pendapat termasuk daripada pembangkang. Kerana Kerajaan Sabah berisfat terbuka dan telus dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negeri  untuk generasi  masa sekarang dan  akan datang.

DSP Musa walaupun mewakili parti Barisan Nasional akan tetapi sebagai Ketua Menteri untuk semua rakyat Sabah. 

Beliau bukan hanya Ketua Menteri untuk parti Barisan Nasional atau penyokongnya akan tetapi  merupakan Ketua Menteri pada segenap rakyat Sabah.

Tiada kelemahan dapat dilihat apabila DSP Musa memanjangkan kerjasama kepada pembangkang melalui masukan daripada mereka kerana pembangkang juga merupakan rakyat Sabah.

Kerajaan Sabah atau Pusat dalam memajukan Sabah bertindak telus dan adil sebab itu kerajaan terus membela rakyat di kawasan pembangkang termasuk menyalurkan ratusan juta ringgit ke kawasan-kawasan berkenaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook