Latest News

Monday 3 April 2017

Bahaya Imaginasi Licik Ismaily?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PENGUNDI CIPTAAN... Oleh FB Ismaily Bungsu (screenshot)

MEREKA yang boleh mengundi adalah warganegara dan yang mengundi itu adalah rakyat yang merdeka. Bagaimana seorang rakyat yang merdeka boleh disuruh-suruh berpindah kawasan mengundi kononnya  bertujuan untuk menang pilihan raya? bolehkah seseorang pengundi dipaksa atau diberi tag bahawa harus atau wajib mengundi, parti ini dan parti itu?

Sebenarnya dakwaan Ismaily itu hanya dakwaan imaginasi dan tiada kebenaran mengenainya. Kerana mengundi itu adalah hak setiap warganegara. Lagipun, undi itu adalah rahsia kecuali undi seseorang itu boleh dijual beli.

Sebenarnya proses berpindah pusat daerah mengundi tidak semudah pada masa sekarang. 

Kerana SPR mahu mengetahui, mengapa seseorang ingin bertukar daerah mengundi? Di mana terlebih dahulu perlu membuat pertukaran alamat di JPN. Pertukaran alamat perlu disokong dengan fakta yang kukuh untuk membuat pertukaran alamat. 

Tidak sama seperti dahulu, seseorang mudah memindah alamat dengan menumpang alamat orang lain. Jika sekarang menumpang alamat maka perlu mendapat surat kebenaran  terlebih dahulu daripada pihak berkenaan  sebelum pihak JPN meluluskan pertukaran alamat tersebut. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook