Latest News

Wednesday 5 April 2017

Doris Menghina Masyarakat Sabah?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ORANG SABAH SEMUA MAKAN BATU... Oleh FB Doris Jones (screenshot)


Ternyata sangat bahawa Doris Jones tidak tahu menahu berkaitan kedudukan rakyat Sabah. Dia berfikir rakyat Sabah tinggal dalam gua. Dia tidak sedar setiap hari jalan-jalan dipenuhi kenderaan, pasar-pasar dipenuhi peniaga dan pelanggan dan banyak kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak  stesen pam minyak .

Dia tidak tahu, bahawa rakyat Sabah sudah bertukar selera kepada kehidupan berkualiti, sehingga selera makanpun sudah  mengutamakan kesegaran makanan.

Doris Jones berfikir bahawa rakyat Sabah seperti dirinya yang terpaksa bergantung harap daripada bantuan kerajaan UK sebab hidup di bawah garis kemiskinan.

Kepada Doris Jones, rakyat Sabah kini bukan seperti zaman penjajahan British dulu. Rakyat Sabah sekarang sudah maju sudah ramai yang kaya raya, sudah ramai yang berpendidikan tiada lagi keadaan yang tinggal dalam gua. Rakyat Sabah tiada yang kelaparan malahan ada rakyat Sabah makan 4 kali sehari. Ada yang ramai beraramaiti dan berbelanja ribu-ribu di pub-pub atau restoran menyediakan minuman keras.

Di Sabah, sekarang sudah terlalu banyak kedai-kedai dibuka 24 jam kerana menenuhi permintaan pelanggan dan pengguna ertinya, rakyat Sabah mempunyai wang untuk dibelanja. Jangan jadi katak di bawah tempurung di negara orang kerana dakwaan anda itu, hanya bersifat pembohongan.

Tahu kah Doris, bahawa harga air tawar lebih mahal berbanding harga minyak!!! harga  seliter sebotol air mineral RM2.80 berbanding harga minyak RM2.13 bagi RON95. Mana logiknya, harga minyak mempengaruhi kehidupan rakyat Sabah? Jangan berkhayal di negara orang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook