Latest News

Tuesday 25 April 2017

FMU : Pada Kawasan Yayasan Sabah ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) This is how Musa Aman lied to all Sabahan... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

TAHUKAH anda menunggu hasil hutan yang ditanam semula, memerlukan masa tidak kurang 30 tahun. Bagi menampung perbelanjaan dan memperoleh pendapatan. Maka sebahagian kawasan hutan itu ditanam kelapa sawit. Apabila kawasan lain yang ditanam kayu boleh dituai atau mengeluarkan pendapatan kawasan itu akan ditanam kelapa sawit atau ditanam kayu.

Bagi anak syarikat Yayasan Sabah Benta Wawasan telah menggunakan 27,000 hektar untuk kelapa sawit.  Anak syarikat Yayasan Sabah itu memang betul mendapat keuntungan RM5juta, daripada hasil kepala sawit.

Tahukah anda bahawa kawasan Yayasan Sabah di Kalabakan itu tidak berkayu lagi sejak tahun 2003. Kerana habis ditebang oleh pemerintahan sebelumnya. Sebab itu, kawasan itu terpaksa diurus sendiri oleh Yayasan Sabah. kerana mana ada syarikat yang mahu jika tiada kayu yang boleh ditebang untuk menanggung kos penanaman semula hutan.

Yayasan Sabah menubuhkan anak syarikat sendiri iaitu Benta Wawasan bagi kerja-kerja menaman pokok hutan pada masa yang sama menanam kelapa sawit sebagai cara jangka pendek mendapatkan pendapatan.

Untuk pengetahuan pengguna facebook itu, sejak tahun 2007 tiada lagi lesen pembalakan dikeluarkan oleh kerajaan negeri ertinya, tiada lagi pembalakan bagi kawasan baru.

Benta Wawasan adalah anak syarikat Yayasan Sabah. Jika syarikat itu mendapat untung yang untung adalah Yayasan Sabah. Tidak timbul ada pihak-pihak tertentu yang mendapat untung atau mengaut keuntungan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook