Latest News

Tuesday 18 April 2017

Impak Media Sosial

Memang diakui bahawa impak media sosial  kepada pengundi atas pagar yang suka mendapat maklumat daripada internet telah memberi impak positif kepada parti-parti pembangkang khususnya di Semenanjung pada PRU- 2008 dan 2013 terutama di kawasan bandar.  

Namun keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2016 menunjukkan bahawa pengaruh media sosial serta propaganda yang dimuat naik melalui internet semacam kehilangan bisanya; demikian juga pada PRK berkembar Kuala Kangsar dan Sungai Besar  selepas itu impak media sosial dan maklumat internet diambil alih oleh jentera pilihan raya konvesional.

Impak media sosial pada PRU 2008 dan 2013 semacam telah menjadi fenomena baru akan tetapi media alternatif itu semacam sudah sampai ke titik tepuhnya. Kerana pengundi/rakyat semacam telah bosan dengan maklumat yang bersifat bohong dan fitnah berlainan dengan cara konvesional di mana pengundi berdepan terus dengan sumber dan boleh memastikan kebenaran sesuatu isu atau cerita.

Rakyat/pengundi kita semacam telah berlajar menapis maklumat-maklumat dan tidak mudah lagi terpesong dengan maklumat internet sebab itu, page-page yang diwujudkan sebelum ini seperti page Remove UMNO Remove Musa Aman, Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) tidak mendapat sambutan lagi berbanding sebelum ini.

Pengalaman penulis sebagai blogger melalui blog Apa Yang Tersirat (www.musramrakunman.blogspot.my) dan blog Suara Rakyat (www.one-kotabelud.blogspot.my) di mana suatu masa lalu mempunyai pelayar antara 10-12 ribu sehari. 

Kini jika dikemaskini pun, hanya ada pelayar antara 200-400 sehari. Menerusi pertukaran mood pencari maklumat ertinya semacam telah berlaku arah aliran pengguna media sosial. Mereka kini lebih suka mendapat sumber daripada sumber langsung berbanding cerita pihak ketiga seperti cerita di media sosial. 

Dapat dibuktikan juga, jika dahulu blog mantan Perdana Menteri melalui www.chedet.cc mendapat layaran ratusan ribu. Kini blog itu semacam sepi daripada pelayar.

Pertukaran mood para pengundi/rakyat telah dirasai “red-bean” army tajaan parti DAP. Oleh sebab  itu, parti ini telah bertukar arah kepada jentera konvesional. Dengan mengadakan sebanyak mungkin jelajah atau perjumpaan dengan rakyat secara langsung.

Sebenarnya cara parti Barisan Nasional yang digunapakai salama ini dan kini dipertingkat dengan Jalinan Rakyat Plus (JRPlus) merupakan pendekatan yang jitu dan perlu diteruskan.

Para pemimpin parti Barisan Nasional, jangan terperangkap dengan impak media sosial/media alternatif semasa PRU 2008 dan 2013, kerana cara itu semacam sudah berlalu. 

Dahulu, para pemimpin parti Barisan Nasional mengambil mudah impak media alternatif dan selepas dua penggal baru tersedar dan apabila tersedar ianya tidak mempunyai kekuatan lagi sebaliknya kekuatan kini terletak pada cara konvesional. Iaitu bertemu langsung dengan rakyat/pengundi.

Tindakan pemimpin seperti mana kerap dikatakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Musa Aman bahawa setiap lapisan pemimpin perlu turun padang. Sebenarnya pendekatan yang jitu bagi berdepan dengan senario politik yang melanda Sabah khususnya dan amnya politik nasional.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook