Latest News

Thursday 6 April 2017

Isu Dana ADUN dan Parlimen Bukan ADUN Kerajaan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hari itu BN telah memberi amaran bahawa Rugi Rakyat Penampang kerana diwakili Pembangkang di DUN & Parlimen... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)


SIAPA yang kata peruntukan pembangunan untuk kawasan terhenti? pembangunan untuk kepentingan rakyat terus berjalan. Hanya dana itu pembangunan ditadbir urus oleh pejabat daerah. Pejabat daerahlah yang mengurus mana projek yang perlu dijalankan mana yang tidak. 


Benar kata Darell Leiking, bahawa kerja pegawai kerajaan lebih mudah jika kawasan bukan kawasan kerajaan. Kerana keputusan pegawai daerah merupakan kata putus terakhir. Jika kawasan itu kawasaan kerajaan, biasanya kata putus ditentukan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan. Kerana wakil rakyat mempunyai prioriti. Demikian juga wakil rakyat pembangkang mempunyai proriti sendiri atas sebab kehendak mereka tidak dapat ditunaikan, kerana pegawai daerah yang setia kepada “government of day” maka atas sebab itu wakil rakyat pembangkang hanya boleh bising-bising termasuklah membuat dakwaan bahawa kawasan mereka dianaktirikan.

Peruntukan Adun dan Parlimen, setiap tahun disalurkan terus kepada pejabat daerah. Kerana pejabat daerah merupakan pengerak kepada kemajuan daerah. 

Bagi pejabat daerah, projek yang berimpak maksima kepada rakyat yang didahulukan.  Pejabat daerah dalam membuat keputusan, melihat keseluruhan daerah tidak terhad pada sesuatu kampung atau lokasi.  

Jika timbul permohonan individu misalnya projek-projek yang bersifat one-off biasa dana untuk itu bersumber daripada peruntukan khas. Oleh kerana kawasan pembangkang tidak diliputi peruntukan khas. 

Kerana kawasan pembangkang hanya diliputi bajet kerajaan yang diluluskan melalui persidangan Dewan Undangan Negeri.   Mungkin di situlah timbul kenyataan. 

Oleh kerana anda diwakili wakil rakyat pembangkang. Maka tiada peruntukan khas. Peruntukan khas diwujudkan hanya semata-mata, untuk projek-projek kecil yang sangat mendesak bagi kawasan-kawasan wakil rakyat kerajaan.  

Atas sebab itu rakyat mempunyai pilihan samada menyokong pembangkang atau kerajaan. Jika tiada perbezaan antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan maka sudah tentunya pengundi tidak perlu ada pilihan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook