TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Less Forest Reserve for agriculture plantation... Oleh FB Junz Wong (screenshot)
(ii) Sabah BN Component Has Once Again Failed To Defend Sabahans (screenshot)
ADUN Likas Junz Wong yang juga pemimpin parti Warisan membuat dakwaan tidak benar berkaitan hutan Sabah. Tindakan beliau menafikan penglibatan Presiden parti Warisan Sabah untuk menjual Yayasan itu kepada syarikat senaraian awam NBT semasa menjadi Pengarah Yayasan Sabah pada tahun 1994-1995.
Dalam tindakan mempertahankan Presiden parti beliau itu,beliau sanggup membuat dakwaan tidak benar berkaitan hutan Sabah. Termasuklah dakwaan terhadap FMU2 berkenaan proses penanaman semula hutan.
Pada Isnin, semasa sidang Dewan Undangan Negeri penggal ke-5 tahun 2017, Ketua Menteri Sabah membidas kenyataan atau dakwaa ADUN Likas itu. Semua dakwaan beliau tidak benar dan bersifat memberi maklumat palsu kepada rakyat dengan tujuan politik.
Wong cuba menafikan tindakan kerajaan yang mengwujudkan TPA (Total Protected Area) bagi Sabah sehingga 30 peratus daripada keluasan seluruh Sabah, yakni 2.2juta hektar menjelang 2025. Sehingga kini seluas 1.9 juta hektar hutan Sabah sudah terealisasi melalui TPA.
Berkaitan dakwaan Wong kononnya ada kawasan FMU2 ditukar kepada tanaman kelapa sawit. Dakwaan itu, tiada kebenaran sama sekali dan sepatutnya Wong bercakap benar. Kerana banyak perbincangan berkaitan hutan Sabah telah dibahas di DUN Sabah tidak menyebut pun berkaitan kawasan FMU2 ditukar kepada kelapa sawit. Wong tahu sebarang kelulusan berkaitan pertukaran pengunaan tanah hutan Sabah perlu diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
0 comments:
Post a Comment