Latest News

Monday, 3 April 2017

Isu IC : Permainan Pembangkang?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Baru kamu tau JPN nda boleh pakai... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PROSES warganegara bukan senang. Silap jika mengatakan bahawa proses warganegara hanya bergantung kepada Jabatan Pendaftaran negara.

Proses warganegara sebelum sampai ke JPN ianya melalui berbagai proses termasuk daripada pihak polis keselamatan dalam negeri, jabatan imigresen. Selain itu, bergantung kepada hasil temu duga individu yang memohon itu.

Bagi persyaratan memohon sebagai warganegara syarat pertama mesti boleh berbahasa kebangsaan, tahu berkaitan perlembagaan Malaysia, dan tiada rekod kriminal. Perkara-perkara ini merupakan sebab musabab mengapa memohon sebagai warganegara. Semua persyaratan itu perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum sampai ke JPN untuk pengeluaran kad pengenalan.

JPN tiada kuasa memberikan kewarganegaraan sepertimana dakwaan tanpa semua dokumen yang berkaitan tersedia terlebih dahulu.

Memang dimata pembangkang kerap warga pakistan sebagai kambing hitam iaitu sebagai warga asing yang senang mendapat “warganegara”. 

Namun tiada sesiapapun yang dapat membuktikan bahawa ada warga Pakistan mendapat kemudahan demikian yang ada ialah sendiket menipu warga Pakistan melalui dokumen palsu dan apabila tertangkap warga Pakistan itu akan dimasukkan ke dalam penjara sebelum di hantar pulang ke negara asal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook