Latest News

Monday 3 April 2017

Jawapan Isu Jalan Ke Sekolah-Sekolah Kampung?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jalan menghubungkan 6 buah kampung dan setiap kampung ada sekolah... Oleh FB Page Tulun Sabah  (screenshot)

BIASANYA jalan-jalan ke sekolah-sekolah kampung telah dibina semasa sekolah itu mula dibina. Namun ketahanan sesebuah jalan akan rosak mengikut masa.  Biasanya jalan-jalan seumpama ini hanya mempunyai dana secara one-off. Iaitu semasa pembinaan sekolah-sekolah demikian. 

Jika jalan-jalan itu mengalami kerosakan maka adalah tanggungjawab pejabat daerah untuk meminta peruntukan itu daripada kerajaan samada melalui peruntukan khas atau melalui peruntukan daripada ADUN atau Parlimen atau kementerian yang berkaitan.

Jika jalan-jalan yang rosak itu disenaraikan sebagai jalan yang memerlukan peruntukan biasanya pejabat daerah akan menerimanya. Jika bukan pada tahun di mana ianya disenaraikan maka tahun berikutnya akan menerima peruntukkan.

Berkaitan jalan-jalan yang disenaraikan adalah tidak pasti apakah jalan-jalan itu telah disenaraikan oleh pejabat daerah atau hanya pada tahun ini sahaja jalan-jalan itu mengalami kerosakan.

Tetapi apa yang pasti jika jalan-jalan seumpama itu disenaraikan oleh pejabat daerah maka ianya akan mendapat peruntukan untuk pembaikan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook