Latest News

Monday 10 April 2017

Kepimpinan Dalam Politik Tidak Sama Dengan Hubungan Adik Beradik!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TAMBUNAN BINASA... Oleh FB Ismaily bungsu (screenshot)

KEPIMPINAN dalam politik tiada hubungan dengan adik beradik. Kepimpinan dalam politik,kerana wibawa seseorang itu.  Memang, berlaku ada adik beradik sama-sama menjadi pemimpin politik. Sebabnya setiap di antara mereka mempunyai wibawa sebagai seorang pemimpin.

Tiada kamus mengatakan bahawa adik beradik semuanya menjadi pemimpin politik. 

Berkaitan dengan adik Tan Sri Pairin, Crispin Kitingan menyertai parti Warisan Sabah. Kononnya sebagai pemimpin hanya boleh dibuktikan melalui pilihan raya apakah adik mantan Presiden PBS itu mempunyai sokongan? 

Crispin tiada latar belakang dalam politik dan bukan juga sebagai pejuang. Beliau hanya mantan pegawai Safoda yang telah bersara.

Dalam perjalanan karier beliau hanya  beliau habiskan sebagai pegawai Safoda merupakan agensi kerajaan negeri. Mungkin selepas bersara tiada lagi yang perlu dibuat. Maka menyertai parti politik mencuba-cuba nasib.

Apakah rakyat boleh menyokong seseorang yang hanya cuba-cuba mencari nasib?

Ismaily Bungso, memang benar-benar auta dalam setiap analisa beliau tidak dapat membezakan mana satu intan atau kaca. Apa yang malang kaca itu dikatakan intan!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook