Latest News

Wednesday 19 April 2017

Kerajaan BN Ambil Berat Keperluan Rakyat- Musa

HALA Tuju Pembangunan dan Kemajuan Sabah yang berakhir pada tahun 2025, merupakan satu tindakan jangka panjang yang ditempoh kerajaan BN Sabah bagi tujuan mengambil berat keperluan rakyat Sabah.

Kerajaan BN Sabah mempunyai halatuju yang jelas bagi membangun dan memajukan negeri dan rakyatnya.  

Melalui halatuju itu kerajaan negeri mempergunakan semua peluang dalam sektor perekonomian, termasuk industri pelancongan, bagi meningkatkan pendapatan negeri, supaya kerajaan mempunyai cukup wang untuk digunakan membina berbagai infra bagi kemudahan rakyat.

Para pemimpin kerajaan dengan segenap kemampuan telah berfikir lama kemudiannya, semua yang difikirkan itu dituangkan melalui perancangan yang mapan. Kemudiannya dijadikan janji kepada rakyat berasaskan kemampuan kerajaan dan pasti janji itu akan ditunaikan serta dikotakan.

Prinsip, apabila ada kuasa maka berjanjilah kerana semasa ada kuasa maka janji boleh direalisasikan. Bukan seperti janji mereka yang tiada kuasa, janji mereka itu hanya janji bulan bintang.  

Rakyat kena mengambil iktibar, bahawa mereka yang membuat janji bulan bintang itu, suatu masa lalu mempunyai kuasa. Namun, tidak pernah terpacul dari mulut untuk membuat janji, mengapa selepas tiada kuasa baru timbul membuat janji?

Kepada rakyat jangan sama sekali mendengar guruh di langit, lalu air di tempayan dicurahkan. Peganglah pada kerajaan yang tidak suka menabur janji, tetapi apa yang pasti sentiasa peka dan ambil berat keperluan rakyat dan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook