Latest News

Thursday 27 April 2017

Parti Warisan- Pertikai Jelajah USBO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) APA LAGI PANDIKAR MAHU? ADAKAH ITU SATU LAGI TAKTIK ‘PECAH DAN PERINTAH'... Oleh Web Borneo Today (screenshot) (screenshot)



MENGAPA pula Parti Warisan Sabah terkilan ke atas jelajah USBO ke seluruh Sabah? Apakah parti itu tercabar, kerana melalui penerangan atau penjelasan badan siasah anggota bersekutu parti Barisan Nasional itu? Maka, parti pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu akan kehilangan sokongan di kawasan rumpun USBO?

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyandarkan latar belakang rumpun kaumnya bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 13 kerusi DUN untuk ditambah dengan 24 DUN bagi kawasan KDM dan Cina. Kononnya, bakal dimenangi pada PRU-14 untuk menjadikan parti Warisan menubuhkan kerajaan dan sekaligus melantik beliau sebagai Ketua Menteri ke-15 Sabah.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah Presiden USBO. Kapasiti beliau sebagai Presiden adalah memastikan parti yang disokong pertubuhan yang beliau pimpin menang dalam pilihan raya. USBO bukan parti maknanya tidak akan bertanding dalam pilihan raya. Jika ada pemimpin pertubuhan itu dipilih bertanding, maka calon itu mewakili parti Barisan Nasional.

Dalam artikel itu, ditanya Apa Pandikar mahu? Speaker Dewan Rakyat itu mahu memastikan semua kawasan RUMPUN USBO dimenangi calon-calon parti Barisan Nasional termasuk di kawasan Semporna.

Jelajah USBO memberitahu rumpun USBO untuk memastikan kepimpinan Negeri dan Persekutuan diteruskan dan perlu disokong, kerana banyak memberi kebaikan kepada kawasan rumpun itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook