Latest News

Thursday 6 April 2017

Patriotisme Menurut Salleh

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Comparing patriotism with that of Hitler's ethnic cleansing of European Jews is the lowest point ever in this statement... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

HANYA mereka yang kurang akal sahaja boleh menerima memburukkan negara kepada rakyat asing merupakan tindakan patriotisme. Apakah tindakan memburukkan keluarga sendiri kepada orang lain yang tiada kaitan keluarga merupakan tindakan terhormat? Jika ada sesiapa yang menganggap bahawa tindakan demikian merupakan perbuatan terhormat. Maka memang patutlah tindakan memburukkan negara juga dikatakan tindakan patriotisme.

Hanya sifat menghalalkan cara sahaja mengatakan bahawa tindakan memburukkan negara kepada rakyat asing atau negara asing merupakan tindak terhormat. Demikianlah anggapan mereka yang menghalalkan cara.

Jika dilihat dalam konteks bernegara, elemen kesetiaan kepada negara dan membela negara itu perlu. Tindakan itu adalah tindakan patriot atas sebab itu ada sejarahwan mengatakan bahawa Adlof Hitler juga seorang patriot bagi negara Jerman, bagi rakyat Jerman, dan bagi bangsa Jerman. 

Namun, jika dilihat dalam konteks bangsa lain dan kemanusian Hitler merupakan seorang pengganas ulung  kerana menjalankan penghapusan kaum dengan membunuh bangsa yahudi.

Pendapat Salleh tindakan patriotisme apabila setiap rakyat negara ini membela negara pada setiap keadaan bukannya mengada-adakan perkara yang tiada. Hal ini, termasuk menakut-nakut rakyat asing dengan mereka-reka  cerita buruk berkaitan negara sehinggakan rakyat asing  takut berurus niaga dan takut untuk melabur.

Yakinlah rakyat asing tidak akan membantu. Rakyat asing hanya melihat jika negara hancur. Sebagai contoh pada negara Libya selepas pembunuhan Muammar Ghadapi apa yang berlaku di negara itu? huru hara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook