Latest News

Thursday 20 April 2017

Pemberian Geran Komunal Kerajaan Tidak Menipu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jadi mahu undi sama si penipu laa kan... Oleh FB Page Sabah Sarawak Future (screenshot)


KERAJAAN memerlukan masa untuk mengukur dan memastikan, sempadan atau kawasan yang diberikan geran komunal. Pemberian geran seumpama itu, perlu dikenal pasti dengan tepat. Bagi mengelak pencerobohan hutan kekal Sabah yang kerap dilakukan oleh penduduk di kawasan-kawasan sedemikian kerana, sempadan tidak jelas.

Memberi geran komunal bukan macam membuat roti canai kerana, kawasan-kawasan yang dikenalpasti perlu ditandai dengan jelas. Sebab itulah kerjaan memerlukan puluhan juta ringgit, semata-mata untuk kerja pengukuran dan pemetaan. Jika memberi geran komunal mudah maka tidak perlu kerajaan membelanjakan wang begitu banyak bagi maksud pengukuran, penyukatan dan pemetaan.

Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili dan pemimpin BN, tidak dapat berbuat banyak, kerana tergantung kepada kerja-kerja pemetaan yang dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Tunggulah dan bersabarlah jika itu hak anda, ianya tidak akan kemana-mana. Sekiranya bukan hak anda, maka sampai bilapun tidak akan jadi hak anda, walaupun tunggang langgang di jalanan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook