Latest News

Tuesday 18 April 2017

Petronas Tidak Sah Menjalankan Operasi Di Sabah???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Petronas operating illegally on Sabah waters – Bumburing... Oleh Wordpress Sabah Intrigue (screenshot) (screenshot)


AKTA Petronas yang digubal pada tahun 1974 berkuat kuasa pada Jun 1976 kerana semua negeri yang telah menandatangani perjanjian pengeluaran minyak dan gas di kawasan masing-masing. Menerusi perjanjian itu negeri pengeluar dibayar 5% tunai berasaskan jumlah pengeluaran yang dipadankan dengan harga di pasaran dunia

Akta Petronas 1974 membabitkan seluruh negara baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Maknanya apakah akta darurat berkuatkuasa atau sebaliknya tidak mempengaruhi akta berkaitan Petronas?


Sehingga tahun 2014, Sabah menerima sekitar RM1bilion setahun bayaran tunai daripada Petronas. Kemudian menurun pada angka RM900 juta selepasnya kerana penurunan harga minyak di pasaran global.

Tidak timbul bahawa Petronas menjalankan operasi secara tidak sah di kawasan Sabah dan Sarawak selepas Akta Darurat ditarik balik. Kerana antara akta itu tidak saling berkait. Akta Darurat, hanya berkait rapat dengan wilayah keselamatan. Manakala Akta Petronas termasuk dalam wilayah Ekonomi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook