Latest News

Wednesday 26 April 2017

Saya Malu Tinggalkan Hutan Sabah Pupus- Musa



“KERAJAAN Negeri Sabah di mana saya adalah Ketua Menteri telah bersetuju dan sepakat, bahawa hutan kekal Sabah ditingkatkan sehingga 2.2 juta hektar atau 30 peratus daripada keluasan tanah Sabah”.  Kesepakatan dan persetujuan itulah, menyumbang kepada keputusan Kerajaan Negeri Sabah, bahawa bermula tahun 2007 lepas, tiada lagi lesen pembalakan baru dikeluarkan.


Kerajaan Negeri Sabah telah bertekad bahawa generasi akan datang dapat mewarisi kekayaan khazanah hutan, kerana Sabah sebenarnya kaya dengan khazanah itu.

Sungguh malang, bagi negeri ini kerana sehingga tahun 2002, daripada sebelum merdeka hutan Sabah menjadi mangsa, kononnya sebagai sumber pendapatan negeri, untuk membangun dan memajukan negeri dan rakyatnya. Namun, hasilnya tidak seperti mana yang diperkirakan.

Sebelum tahun 2002, hasil daripada kayu-kayan Sabah mencecah RM1 Bilion Ringgit setiap tahun. Namun, jumlah itu tidak juga mampu membangunkan sepenuhnya kemudahan asas yang diperlukan rakyat. Akan tetapi, apabila sumber hutan bukan lagi sumber utama pendapatan negeri. Walaupun tidak dinafikan, bahawa kayu-kayan menyumbang hasil dalam lingkungan RM200 juta setahun kepada pendapatan negeri. Namun jumlah itu, kurang 5% daripada pendapatan negeri sejak tahun 2010, malah jumlahnya  semakin berkurangan.

Jika sebelum ini, pendapatan negeri lebih 50% daripada sumber hutan, kini telah berada pada bawah 5%. Fakta ini menunjukkan, bahawa aktiviti pembalakan semakin berkurangan.

Dakwaan pembangkang, termasuk pencacai mereka di media sosial kononnya, berlaku pembalakan besar-besaran di Sabah. Sebenarnya merupakan satu cerita bohong dan fitnah semata-mata.

Terasa betul bagaimana mereka itu terdesak berbohong, mereka memuat naik gambar-gambar pembalakan daripada Indonesia, kononnya perkara ini berlaku di Sabah; Apa yang mereka terlupa, gambar-gambar yang dimuat naik itu, adalah kayu-kayu bukan spesies daripada Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook