Latest News

Thursday 27 April 2017

Sekolah Aliran Inggeris Bagi Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BN works this way... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) Finally, after more than half a century of allowing BN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)



TIDAK diketahui, apakah cadangan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkaitan dengan Sekolah Aliran Inggeris di Sabah merupakan juga cadangan Kerajaan Negeri?  Jika cadangan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan itu atas kapasiti beliau sebagai MP atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ianya tidak akan ke mana-mana. Cadangan itu, hanya akan jadi cadangan gimik dan retorik.


Sebenarnya, sebelum sesuatu pertukaran aliran pembelajaran di tukar, ianya perlu kajian secara mendalam. Khususnya, keperluan dari sudut logistik, keperluan guru-guru, dan sudah tentu keperluan dari segi kewangan. Selain itu, dari segi tahap keberkesanannya dari aspek kualiti dan kuantiti berkaitan perubahan aliran sistem pembelajaran.

Tiada yang boleh menafikan, bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa, bahasa perdagangan dan bahasa ilmu. Faktor ini sebenarnya sudah diambilkira oleh Sistem Pendidikan Negara, sebelum memansuhkan Sekolah Aliran Inggeris secara berperingkat bermula tahun 1973.  

Setelah didapati bahawa penguasaan bahasa asing itu sangat lemah, maka diperkenalkan pengajaran bahasa itu melalui mata pelajaran Sains dan Matematik. Kemudian, akibat tindakan pihak-pihak tertentu khususnya Sasterawan Negara (ahli PKR dan pembangkang) dan dipersetujui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran ketika itu. Maka, pengajaran Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik telah dimansuhkan.

Jika kerajaan bersetuju, bahawa Sabah ada Sekolah Aliran Bahasa Inggeris. Persoalannya, berapa buah sekolah diwujudkan? Berapa daerah sekolah tersebut di tempatkan? Seterusnya, di peringkat mana? Apakah hanya di sekolah menengah sahaja? Kalau tidak, adakah perlu diadakan kelas tambahan? Di samping itu,  adakah tenaga pengajar yang terlatih sedia ada untuk itu?  Maknanya, sebelum sesebuah dasar berubah, dasar itu mesti atau memerlukan kajian yang mendalam, sebelum ia boleh dilaksanakan.

Pemimpin politik mudah untuk membuat cadangan, tanpa melihat latar belakang cadangan itu. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebenarnya seorang ahli politik yang banyak cadangan. Namun, cadangan-cadangan beliau sukar untuk dilaksanakan kerana melibatkan banyak pihak, kajian, logistik, kewangan dan modal insan.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook