Latest News

Monday 10 April 2017

Siapa Yang Kata Shafie Lanun?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) This Palm Sunday... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

SEBENARNYA yang mendakwa Shafie adalah lanun dan PATI adalah Timbalan Presiden parti itu. Sebelum beliau bersama membentuk parti Warisan Sabah.

Semasa Darell Leiking masih pemimpin PKR dan pembangkang Shafie pula, adalah pemimpin UMNO dan kerajaan setiap ahli pembangkang termasuk Darell mendakwa bahawa kemenangan calon-calon BN dalam pilihan raya termasuk kemenangan Shafie,kerana PATI.

Rentak anggapan terhadap Shafie berubah kerana mereka kini satu kapal. Apa yang malang MP Penampang itu bermain psikologi songsang. Kononnya, pihak lain (parti barisan nasional) yang membuat dakwaan bahawa Sahfie adalah lanun dan asal PATI.

Terlihat betul, bagaimana MP Penampang itu bermain lempar batu sembunyi tangan. Apabila mengaitkan ibu Shafie yang merupakan adik kepada Tun Sakaran Dandai.

Pemimpin pembangkang sebenarnya cepat sangat lupa perbuatan mereka. Bayangkan belum sampai lima tahun bermacam tomahan kepada Shafie daripada penyokong pembangkang termasuk pemimpinnya sekali menyatakan bahawa kemenangan calon-calon BN di kawasan Pantai Timur semata-mata kerana undi PATI.

Mengapa semua ludah dan kahak itu ditelan sekarang? Apakah kerana mereka sudah  seperahu dengan PATI?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook