Latest News

Thursday 20 April 2017

Skandal Kayu Balak Sabah Tuduhan Jufazli Melampau

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) laporan skandal rasuah kayu balak Ketua Menteri Sabah... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)
CUBA tanya diri anda Jufazli, pengguna media sosial itu tiada sebarang peranan atau tugas daripada mana-mana pihak. Bagaimana dia boleh mempunyai maklumat berkaitan skandal kayu balak?

Sebenarnya, di Sabah sejak tahun 2006 tiada lagi lesen menebang kayu balak diluluskan. Apa yang ada adalah lesen yang dimiliki Yayasan Sabah dan konsesi hutan melalui FMU.

Jika yang dimaksudkan, skandal kayu balak adalah penebangan hutan milik Yayasan Sabah dan proses tanam semula hutan melalui FMU. Maka maknanya, apa yang didakwa pengguna media sosial itu, satu dakwaan membuang masa. Sebabnya, penebangan hutan oleh Yayasan Sabah dan melalui kawasan FMU, bukanlah satu skandal kerana, ianya merupakan polisi kerajaan.


Pengguna facebook itu, telah ditangkap pihak Polis kerana suka menabur fitnah. Kini, kononnya telah membuat laporan kepada SPRM, dengan menggunakan sekeping kertas. Kononnya berisi skandal kayu balak!!!! Hanya sekeping kertas, bolehkah menyokong sesuatu dakwaan skandal?

Para pemimpin Sabah sebenarnya tidak mahu memberi respon terhadap dakwaan-dakwaan pemuda itu. Kerana pihak polis telah mengesahkan bahawa pemuda itu, sebenarnya, menghadapi sakit jiwa atau mental. Melalui siasatan pihak polis, didapati, pemuda itu menghadapi tekanan psikologi yang amat berat, dan sangat teruja menjadi orang terkenal.

Pihak polis sebenarnya mengsyorkan kepada keluarga pemuda itu, agar membawanya ke doktor sakit jiwa bagi mengubati tekanan psikologi yang amat berat itu.

Kepada pembaca, yang mengikuti dakwaan-dakwaan pemuda itu, di laman sosial perlu sedar dan jangan sama sekali terpancing, kerana pemuda itu sebenarnya berdepan dengan sakit mental.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook