Latest News

Wednesday 3 May 2017

Adalah Releven Atau Wajar Penduduk Luar Bandar Tolak Pembangkang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ENTAHLAH ELOK KAMULAH YANG KOMEN... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen  (screenshot)

MENGAPA wajar penduduk luar bandar tolak pembangkang? Sebabnya, kerana pihak pembangkanglah menjadikan penduduk mundur dan tidak maju. Mengapa tidak maju, sebab mereka menolak kemajuan yang di bawa kerajaan kerana hasutan pembangkang. Akhirnya, rakyat menderita kerana yang dikejar tidak dapat yang digendong berciciran.

Pemimpin kerajaan mempunyai komitmen dan komited membantu rakyat untuk maju, termasuk menyediakan kemudahan asas. Namun, kerana rakyat menolak serta termakan hasutan oleh pembangkang akhirnya bantuan tersebut terbantut atau tergendala.

Pemimpin daripada kerajaan mahupun kerajaan yang memerintah apa yang pasti akan membela rakyat, hanya masa yang menentukan. Namun, apabila semua perancangan telah dibuat, tiba-tiba rakyat yang perlu dibantu, membantah pihak kerajaan atau pemimpin yang mahu membawa kemajuan dan pembangunan, akhirnya pembangunan yang dirancang itu akan tergendala.

Sebagai contoh, membina jalan raya yang merentasi perkampungan ada penduduk yang menentang. Kerana, tidak mahu jalan tersebut merentasi tanah miliknya. Rentetan itu, akhirnya jalan yang mahu dibina terbantut malah sehingga tempoh masa peruntukan itu tersasar dari tarikh yang telah ditetapkan. Sehingga terpaksa dikembalikan ke perbendaharan. Apa yang malang, mereka yang menentang penyediaan kemudahan asas ini adalah golongan memekik dan menolak pembangunan kononnya, kerajaan tidak membela rakyat.

Pengguna laman facebook ini sebenarnya, seorang yang sangat hipokrit dan suka menghasut rakyat serta bersifat anti pembangunan. Sekiranya pembangunan atau kemajuan berjaya, maka dia akan kehilangan isu untuk diputar belit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook