Latest News

Friday 19 May 2017

Ancaman Besar Pada Rakyat Sabah- Pembangkang Tidak Nampak


DALAM kesibukan parti-parti pembangkang menjual Sabah for Sabahan, Sabah Ubah, mereka terlupa bahawa ancaman besar pada rakyat Sabah adalah daripada Kesatuan Eropah (EU) yang akan menghalang kemasukan produk yang berkaitan dengan kelapa sawit ke Negara-negara Kesatuan itu.

Jika tindakan itu berlaku, maka akan mempengaruhi para peladang kelapa sawit di negara ini khususnya daripada Sabah.

Jika benarlah, mereka itu mahu berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah, mengapa tindakan yang nyata yang bakal mempengaruhi kehidupan rakyat Sabah tidak menjadi sebahagian agenda mereka? Dalam  masa yang sama pula sibuk mengkritik, membuat dakwaan, bahawa kerajaan yang ada perlu diubah, tanpa memberi alasan munasabah. Sebaliknya hanya membuat dakwaan fitnah, bohong dan seterusnya membuat janji-janji bulan bintang.

Mengapa acaman nyata seperti daripada kesatuan Eropah  (EU) tidak mendapat kecaman daripada mereka? jika benarlah mereka itu mahu membela hak-hak rakyat Sabah.

Mereka itu hanya sibuk membangkitkan soal-soal apa yang dimeterai pada tahun 1963, di mana masa itu ibarat satu perkahwinan, dan perkahwinan itu sudahpun beranak-pinak, bercucu-cicit. Sedangkan mereka itu juga merupakan anak-anak atau cucu-cicit daripada perkahwinan tersebut, tetapi mempersoalkan pula mengapa mereka menjadi sebahagian daripada keluarga besar itu.

Di lain pihak mereka mempersoalkan berkaitan pembangunan dan kemajuan Sabah, sedangkan semasa mereka itu, bersama kerajaan, tiada pun perjuangan seumpama itu. Melainkan hanya menghabiskan wang kerajaan yang diamanahkan kepada mereka untuk memperkaya diri sendiri dan kroni.

Setiap pemimpin utama parti-parti pembangkang yang ada kecuali parti DAP, merupakan mantan-mantan pemimpin kerajaan yang pernah menyandang jawatan tinggi termasuk jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, dan menteri.

Rakyat kena membuka mata besar-besar, setiap pemimpin yang telah pernah diberikan amanah, akan tetapi gagal menyempurnakan amanah itu, maka selamanya akan bertindak demikian. Sebab itu, ada perumpamaan, anjing tidak akan dapat dihalang mencium tahi.

Rakyat Sabah merupakan sekumpulan hakim pada PRU-14 perlu berfikir masak-masak dan jangan sama sekali terpengaruh dakyah-dakyah pemimpin yang telah memjadi pemimpin pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook