Latest News

Thursday 4 May 2017

Apa Masalah MySabah Dikritik?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa MySabah?... Oleh FB sylvester salle (screenshot)

MENGAPA individu yang terlibat dalam MySabah dikritik? sebabnya, mereka tidak dapat melihat satu gambaran besar, mereka tidak mahu melihat Sabahan sebagai satu. Selain itu, mereka mahu berjuang bersendirian, mereka tidak mengerti dalam konteks dunia demokrasi majoriti yang menang.

Dalam konteks MySabah, tidak mengira latar belakang fahaman politik, fahaman agama atau fahaman lain. Melainkan satu, yakni rakyat Sabah. Mengapa mereka mengritik MySabah, sebabnya kalau berjaya mereka atau puak-puak seperti itu tiada isu lagi yang boleh dimanipulasi.

Tahukah anda? Apabila parti PBS bergerak solo, menentang suara majoriti, apa yang terjadi kepada Sabah? Keadaan jatuh miskin dan mundur selama 9 tahun, mereka hanya boleh berteriak-teriak tiada yang didapat. 

Sabah membangun apabila semua bersatu. Kini, kesatuan itu cuba dirosakkan pula dan ada pihak mahu Sabah kembali menjadi lemah. Agen perosak atau pembawa kerosakan itu, antara lain pengguna facebook yang dimaksudkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook