Latest News

Thursday 25 May 2017

Apa Sumbangan Shafie Apdal Pada Rakyat Sabah?


PADA 23 Mei 2017, di Kg Langkawit, Papar, sempena penerimaan keahlian daripada mantan-mantan ahli parti UPKO yang diketuai mantan Ketua Bahagian Parti UPKO Papar, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertikai sumbangan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Datuk Seri Anifah Haji Aman kepada rakyat Sabah.

Dakwaan Presiden Parti Warisan itu, Sabah mempunyai kewangan untuk memajukan Sabah, akan tetapi Datuk Seri panglima Musa Haji Aman sebagai ketua Menteri gagal memajukan negeri dan rakyatnya.

Apa yang tidak diberitahu Shafie Apdal kepada mereka yang hadir itu, bahawa Sabah hanya mempunyai bajet tahunan berlegar-legar pada angka RM3.5-RM4 bilion setahun. Melalui bajet itulah semuanya diambil, termasuk gaji kaki tangan awam, gaji para menteri, elaun para wakil rakyat, peruntukan tahunan para ADUN, bantuan kepada badan-badan keagamaan dan sosial, selain sekolah-sekolah bukan kerajaan. Di samping itu, melalui bajet itulah, bersumbernya pembinaan kemudahan asas yang mendesak, seperti jalan-jalan kampung, bekalan ekektrik luar bandar serta kemudahan bekalan air luar bandar.

Bajet kerajaan negeri, jika dibandingkan dengan bajet kerajaan persekutuan yang disalurkan melalui KKLW satu kementerian yang besar yang dikawal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejak  Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Sebagai misalan, bajet untuk bekalan air bersih luar bandar sahaja untuk Sabah dari tahun 2010-2015 berjumlah RM3.3bilion atau purata  RM660 juta setahun. Bajet itu merupakan hampir 10 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan kerajaan Sabah bagi maksud yang sama. Demikian juga peruntukan bagi pembinaan jalan-jalan kampung, bekalan elektrik luar bandar, yang diperuntukan oleh kerajaan persekutuan kepada Sabah, di mana dana itu disalurkan melalui KKLW, sebenarnya jauh lebih besar berbanding bajet kerajaan negeri untuk tujuan yang sama.

Benar, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mempunyai kuasa di peringkat negeri, namun kuasa membangun, semuanya tertakluk kepada kemampuan kewangan. Prinsip kerajaan persekutuan membantu setiap kerajaan negeri adalah menyalurkan kewangan kepada kementerian-kementerian yang keperluannya mendesak. Misalnya untuk pembangunan luar bandar, maka disalurkan melalui KKLW untuk pendidikan disalurkan melalui kementerian yang mengawal pendidikan, demikianlah seterusnya.

Atas prinsip untuk kemajuan negeri, selain sumber kewangan daripada persekutuan juga daripada kerajaan negeri. Oleh kerana sumber kewangan negeri hanya bergantung kepada keupayaan syarikat-syarikat yang ada dalam negeri untuk membayar cukai. Daripada semua sumber termasuk bayaran dividen daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pendapatan Sabah berlegar-legar antara RM3.5-RM4 bilion setahun.

Sebijak manapun seorang Ketua Menteri dengan pendapatan negeri sedemikian, berbanding dengan keluasan negeri, maka untuk mempercepatkan pembangunan dan kemajuan. Oleh itu pihak keraajan negeri juga sangat mengharapkan sumbangan daripada kerajaan persekutuan melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan.

Atas prinsip demikian, maka rakyat Sabah menyokong penuh parti yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan, kerana melalui sokongan itu, maka negeri dan rakyatnya mendapat pembelaan yang maksima. Atas asas itu juga, maka kerajaan persekutuan, melantik pemimpin Sabah untuk menerajui kementerian yang mempunyai tujuan dan matlamat memajukan luar bandar, yakni Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Namun, apa yang diharapkan rakyat Sabah semuanya hanyut ke laut, kerana pemimpin yang menerajui  kementerian itu, tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sebaliknya hanya memperkaya kroni-kroni termasuk berlakunya skandal "watergate" Jabatan Air Sabah.

Berkaitan dengan pertanyaan Shafie Apdal, apa sumbangan Datuk Seri Anifah Aman terhadap Sabah sambil mendakwa bahawa Anifah gagal mengurus tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, tiada siapa pemimpin negara ini boleh memansuhkan tuntutan Filipina ke atas Sabah, kerana tuntutan itu sebahagian daripada perlembagaan negera itu. Tiada Presiden Filipina yang sanggup mengubah perlembagaan negara itu termasuk Presiden Rodrigo Duterte. Kerana senjata itu, kerap digunakan  oleh setiap pemimpin negara tersebut untuk mendapat sokongan rakyat negera itu. Sebagai contoh, semasa Rodrigo Duterte bertanding Presiden Filipina, beliau membuat kenyataan bahawa Sabah Milik Filipina. Walaupun kenyataan itu mengundang protes Malaysia, akan tetapi isu itu boleh mendapat sokongan daripada rakyat negeranya.

Sebenarnya, kalau mengikut piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setiap negara yang menjadi anggota pertubuhan dunia itu, maka telah mengiktiraf semua wilayah dalam negara berkenaan. Maknanya, tiada lagi sebarang negara boleh menuntut wilayah itu. Oleh kerana Sabah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia bermula pada 16 September 1963, maka mulai daripada tarikh itu, semua tuntutan daripada mana-mana pihak secara automatik telah gugur.

Pada perjumpaan di Kg Langkawit, Papar, dengan jelas Shafie Apdal masih berhujah bahawa jika Parti Warisan Sabah menang PRU-14, maka akan menubuhkan Kementerian Pendidikan.  Apa yang tidak diberitahu, bagaimana mendapatkan sumber kewangan sebanyak RM3.7 bilion setahun? Apakah kementerian persekutuan yang mengawal pendidikan akan menyalurkan kewangan sejumlah itu kepada Kementerian pendidikan negeri, hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak kerajaan negeri dan seterusnya ada wakil rakyat yang menjadi Menteri Pendidikan?

Shafie Apdal lupa, semasa beliau menjadi menteri KKLW, satu sen pun peruntukan yang disalurkan melalui kementerian itu, tidak diberikan kepada Kementerian serupa di peringkat negeri. Jadi, bagaimana Shafie Apdal boleh menganggap, jika ada kementerian di peringkat negeri yang mengawal pendidikan, maka kementerian Persekutuan akan memberikan dana? Hujah presiden parti Warisan itu, hanya hujah angan-angan dan tidak pun praktikal. 

Berkaitan dakwaan Preiden Parti Warisan itu, kononnya 95% hasil minyak dan gas diambil persekutuan. Lagi-lagi dakwaan ini adalah dakwaan karut, kerana operasi minyak dan gas, hanya mencipta keuntungan 15%. Daripada keuntungan itu, maka dibahagi rata, antara kerajaan Negeri, Persekutuan dan Petronas.

Shafie Apdal cuba menipu rakyat dengan hujah-hujah yang bohong dan tindakan beliau itu, hanya menghalalkan cara demi matlamat politik. Shafie Apdal tahu dan sedar beliau tidak rugi apa-apa apabila bercakap bohong dan menipu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook